PARTI KEADILAN NASIONAL
Pemuda keADILan Selangor

 
Siasat Segera Laporan Rasuah Khir Toyo

Oleh Roy Rasul

- Badan Pencegah Rasuah (BPR) digesa segera mengambil tindakan berhubung laporan rasmi yang dibuat oleh penulis politik, Ahmad Lutfi Othman mengenai dakwaan amalan korupsi yang dikaitkan dengan Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo semalam.

Gesaan ini dibuat oleh Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Dr. Syed Husin Ali.

Beliau berkata, BPR perlu segerakan penyiasatan tersebut memandangkan tuduhan salah laku pentadbiran olen MB Selangor merupakan amalan rasuah yang dianggap sangat serius.

Di antara isu yang dilaporkan kepada BPR di Putra Jaya semalam itu melibatkan projek Pembinaan Jalan Sungai Panjang (B44), Sekinchan sepanjang 20.5 kilometer yang menelan belanja hampir RM100 juga di mana dibagikan kepada syarikat bermasalah, Meram Holding.

"Dalam beberapa bulan yang lalu, banyak tuduhan serta cerita mengenai amalan korupsi dikaitkan dengan Khir Toyo dalam internet dan hari ini, Ahmad Lutfi membuat laporan rasmi kepada BPR pula dan saya lihat laporan yang dibuat merujuk kepada data dan dokumen lengkap serta bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata, BPR sewajarnya tidak melengah-lengahkan tindakannya selaras dengan retorik pihak pemerintah yang memerangi rasuah.

"Sekiranya pihak BPR melengah-lengahkannya, dibimbangi nanti rakyat tidak lagi menaruh kepercayaan terhadap kewibawaannya," katanya.

Menurut beliau lagi, sekiranya laporan itu benar, ia akan membuktikan seolah-olah amalan rasuah mewarisi dari satu MB kepada MB yang mentadbir Selangor.

Katanya, walaupun Khir Toyo belum membuat apa-apa reaksi berkaitan semua tuduhan yang dibuat terhadapnya di internet tetapi katanya, Khir Toyo sering menyatakan ada orang Melayu yang dengkikannya.

"Kini laporan dibuat secara terbuka, Khir Toyo yang disbeut sebagai orang kuat berpegang kepada agama sepatutnya menjadi contoh tetapi sekiranya tuduhan tersebut benar ia amatlah mendukacitakan," katanya beliau lagi.

(Harakah Daily)



[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]