Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 P-E-M-U-D-A      k-e-A-D-I-L-a-n    S-E-L-A-N-G-O-R

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

2004 Selangor Kita Tawan

Khir Toyo Umpama Manusia Yang Sedang Lemas – Hassan Ali
Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)



Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Dato’ Dr Hassan Ali menyifatkan tuduhan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo, bahawa ada pihak tertentu sanggup mengupah orang tertentu untuk memfitnahnya sebagai tindakan “seorang manusia yang sedang lemas”.

Khir juga dikatakan cuba mengalih perhatian masyarakat daripada membincangkan dakwaan rasuah terhadapnya dengan menuduh Dr Hassan, yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor, meneroka tanah secara haram di Hulu Langat.



Dalam wawancara satu setengah halaman dalam Mingguan Malaysia, 18 Nov lalu, Khir bukan saja tidak menjawab segala tuduhan asas kepadanya, tetapi menimbulkan isu-isu lain yang langsung tidak ada kena mengena.

Misalnya, dalam aduan kepada BPR ditimbulkan mengapa budak berumur 20 tahun boleh diberikan 50 ekar tanah, tapi Khir memberitahu dia banyak memberi tanah kepada orang tua-tua yang sebahagiannya sudah tidak boleh berjalan! Malah isu membina jalan termahal di Sekinchan, yang diserahkan kepada kontraktor bermasalah, dan subkontraktornya (yang sebenarnya menjalankan semua projek itu) dikatakan mempunyai hubungan personal dengannya, langsung tidak disentuhnya.

Pengarah utama subkontraktor itu, Cabaran Wangsa, dikatakan merupakan bekas tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir di Sekinchan sebelum beliau dilantik Menteri Besar. Masyarakat di pekan kecil itu dapat menilai perubahan hidup dan perniagaan taukeh muda berumut 27 tahun itu.

“Orang yang sedang lemas akan mencapai apa sahaja untuk bergayut. Dr Khir sedang terkapai-kapai. Keadaan tambah mengerikan bila orang-orang Umno sendiri tampil mengemukakan pelbagai aduan kepada aktivis masyarakat termasuk pembangkang mengenai salah laku rasuah pemimpin mereka,” tegas Dr Hassan dalam satu wawancara eksklusif.

“Kegagalan beliau menjawab pertuduhan yang dikemukakan menambahkan lagi syak dan ragu saya terhadap kewibawaannya. Cara beliau mencari kambing hitam menampakkan gelagatnya yang bertambah menggelabah, apatah lagi di kalangan orang Umno sendiri sudah mula hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya,” tambahnya, yang juga ADUN Sungai Burong, Selangor.

Mengulas dakwaan Khir bahawa semua keputusan mengenai kelulusan tanah yang dianggap kontroversi dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri, bukan dirinya, Dr Hassan berkata: “Suka saya merujuk tulisan bekas menteri, Tan Sri Megat Junid dalam bukunya, Getek, halaman 75: ‘Cengkaman MB atau Ketua Menteri terhadap rakyat dan ahli-ahli Umno cukup kuat … kadang-kadang kelulusan tanah dan balak tidak pun di bawa ke Mesyuarat Exco. Terutama kelulusan yang tidak begitu besar, yang buat keputusan hanya MB, Pengarah Tanah dan Pengarah Hutan …’.”

Khir juga mendakwa dia tidak pernah menganggu bidang kuasa pegawai-pegawainya: “Kita kena percaya pegawai … jangan sampai kita hendak buat semua benda hingga dikatakan gila kuasa.”

Bagaimanapun, menurut seorang pegawai kanan kerajaan yang tidak mahu disebut nama menafikannya. “Campur tangannya dalam hal meluluskan projek khususnya di bawah JKR negeri cukup ketara sekali. Saya ada bukti kes di mana senarai kontraktor yang dicadang oleh pengarah JKR ditolak begitu saja, dan Khir kemudiannya memberikan satu senarai kontraktor yang dikehendakinya,” tegas pegawai tersebut.

“Tanyalah dengan jurutera di JKR Shah Alam, apakah mereka tidak pernah mendapat surat atau nota daripada Khir atau Setiausaha Politiknya yang meminta kontraktor atau perunding tertentu diberikan projek, khususnya melalui rundingan terus,” tambahnya lagi.

Menurut sumber lain, sepatutnya projek pembinaan sebuah sekolah di Pelabuhan Klang, yang dilaksanakan Meram Holdings mendapat notis tamat kerja oleh JKR, yang akan mengakibatkan Meram disenarai-hitamkan, tetapi atas desakan pihak politik, ia ditarik balik dan hanya bayaran denda (LAD) dikenakan. Ini bagi memastikan Meram boleh diberikan projek RM92.5 juta di Sekinchan.

Mengenai kos ‘soil improvement’ dalam projek RM4.5 juta untuk satu kilometer jalan di Sekinchan itu, yang mana menurut seorang Exco di DUN Selangor pada 31 Okt lalu memakan belanja hampir RM30 juta, seorang perunding yang berpengalaman dalam kerja-kerja geoteknikal menyifatkannya kos itu terlalu tinggi dan tidak munasabah.

“Jika kita menggunakan teknik ‘surcharging with vertical drain’, dijangkakan, kos soil improvement, untuk sepanjang 20 km jalan itu tidak melebihi RM13 juta. Dan, anggaran JKR bagi jalan kawasan bendang, paling tinggi pun, RM3 juta untuk satu kilometer,” tambahnya lagi. “Itu pun sudah cukup banyak untung,” katanya, sambil ketawa kecil.

Dalam pada itu, difahamkan sub-kontraktor yang membuat semua kerja-kerja pembinaan jalan itu hanya diperuntukkan RM60 juta. “Soalnya, siapa yang menikmati lebihannya, sebanyak RM32.5 juta itu lagi, selain Meram yang dikatakan langsung tidak membuat apa-apa kerja,” tanya seorang aktivis Umno di Tanjong Karang, yang mendakwa mengenali dari dekat pengarah syarikat sub-kontraktor itu.

“Saya sendiri bercakap dengan kawan kepada seorang pengarah utama Cabaran Wangsa yang memberitahu berapa banyak peruntukan yang akan diterimanya apabila menjalankan semua projek jalan di Sekinchan itu,” tambahnya.




 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]