Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 P-E-M-U-D-A      k-e-A-D-I-L-a-n    S-E-L-A-N-G-O-R

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

2004 Selangor Kita Tawan

"Biar Pembaca Menilai Kedua-dua Memo15, Sama Ada Yang Palsu Atau Original" -- Penerbitan Pemuda
Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)



Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY



SHAH ALAM: Ratusan ribu naskhah Memo15 palsu, yang ditaja oleh Menteri Besar Khir Toyo, disebarkan di seluruh masjid-masjid di sekitar Shah Alam, ketika umat Islam khusyuk menunaikan solat Tarawikh.

Difahamkan orang-orang suruhan Khir Toyo, Menteri Besar Selangor yang kini tertekan kerana dakwaan rasuah dan amalan salah guna kuasanya sudah diketahui rakyat negeri ini. Ekoran tekanan perasaan itu, Khir terpaksa mengurangkan majlis-majlis rasmi yang membabitkan pertemuan dengan orang ramai.

Bagaimana pun orang ramai yang dibekalkan Memo15 palsu secara percuma itu dapat membedakan yang mana kebenaran dan yang mana fitnah.

"Kalaupun Khir nak jawab segala tuduhan rasuah terhadapnya, jawablah sebagai anak jantan. Kenapa Khir perlu palsukan Memo15, yakni sebuah akhbar yang diterbitkan Ahmad Lutfi, pihak yang membuat aduan rasmi kepada BPR," kata seorang jamaah sebuah masjid dekat sini.

"Ini tidak, akhbar palsu yang dibekalkan oleh orang suruhan Khir itu langsung tidak bertanggungjawab, bertindak seperti penakut dan bacul. Kalau Lutfi berani tampil ke depan, Khir juga patut berbuat demikian," tambahnya.

Menurut sumber, Khir membelanjakan wang yang cukup banyak untuk mengedarkan akhbar palsu yang memburuk-burukkan pembangkang itu. Namun ia bukan halangan baginya kerana soal wang akan dibereskan oleh Setiausaha Politiknya yang lahap dan rakus tanah dan projek itu, Dr Karim Mansor.

"Saya tak pasti apa motif sebenar seorang Menteri Besar boleh bertindak sebegitu bodoh. Ramai orang di sini langsung tak tahu detail tentang dakwaan rasuah terhadap Khir, dan kami tak pernah pun membaca Memo yang original yang diterbitkan oleh Lutfi.

"Tapi dengan tersebarnya Memo15, yang diedarkan percuma oleh orang suruhan Khir itu, orang di Seksyen 19 ini khususnya mula tertanya-tanya, apa sebenarnya isu yang berlaku. Dan ini tentunya boleh menarik perhatian rakyat terhadap masalah yang sebenar, yang menyebabkan mereka akan mencuri Memo yang sebenarnya nanti," kata seorang jurutera berpengalaman dekat sini.

"Khir terperangkap dengan nasihat orang-orang di sekelilingnya yang hanya mahukan duitnya itu. Dengan mencetak dan mengedar secara percuma Memo 15 palsu dan yang lainnya nanti, mereka boleh tuntut wang yang banyak dari Khir. Lagi pun, duitnya beratus juta itu tak akan luak dengan hanya mencurahkan sejuta dua untuk akhbar palsu itu," kata seorang penyokong Umno dekat Batu Tiga, Shah Alam.

"Sebagai orang Umno, saya sendiri malu membaca akhbar palsu yang disebarkan secara haram. Bukankah Khir ada saluran yang lebih berkesan dan sah dari segi undang-undang? Tak cukupkah dengan interviu semuka lebih dalam Mingguan Malaysia, 18 November lalu? Ini bukan stail Umno," tambahnya sambil menekankan Khir harus lebih berhati-hati, supaya jangan terperangkap dengan taktik lawannya dalam parti sendiri.

"Menghebahkan masalah dalam parti, seperti yang dilakukan oleh akhbar haram tajaan Khir itu, hanya merosakkan Umno sendiri. kalau Khir syak yang memberi maklumat kepada Lutfi itu datang daripada dalam, ambillah tindakan yang perlu secara hikmah, bukan dengan meminta orang-orang suruhannya menghebahkannya kepada umum," katanya lagi.

Detikdaily juga mendapat banyak panggilan telefon untuk memaklumkan pengedaran Memo15 palsu yang diupah Khir itu. Seorang pemanggil berkata, pagi-pagi lagi bila dia keluar ke perkarangan rumahnya berpuluh-puluh naskhah Memo15 palsu bersepah di situ. "Bagi saya, semuanya ini hanya tanda Khir sudah tersepit sehingga terpaksa mengupah pihak tertentu untuk membersihkan namanya. Kalau benar tuduhan Lutfi tidak berasas dan fitnah belaka, saya cadangkan Khir diam sajalah. Ini sampai edar akhbar haram tak ada permit ... ia memalukan seorang bertaraf Menteri Besar untuk berbuat demikian. Kalau Mahathir tahu pun, dia akan lebih kecewa dengan ayam tambatannya ini."

Dalam pada itu, seorang yang memberitahu dia merupakan seorang kakitangan di Pejabat Daerah Petaling berkata: "Saya membaca kedua-dua Memo15, palsu dan original, kedua-duanya menarik. Cuma, saya rasa tak moleklah seorang MB terpaksa turun gelanggang dengan cara tidak beretika itu untuk membersihkan namanya. Lagipun, saya di sini, tahu sangat, berapa banyak tanah di kawasan Bukit Cherakah dan Shah Alam yang diagih-agihkan kepada kroni MB.

"Malah kawan saya di pejabat JKR negeri sentiasa mengeluh kerana selalu mendapat arahan bertulis daripada MB ataupun Setiausaha Politiknya, Dr Karim Mansor, yang menggesa JKR memberi projek kepada pihak tertentu. Sampai naik rimas mereka dibuatnya.

"Dan baru-baru ini Pengarah JKR panggil semua pegawai kanannya dan memberi amaran supaya jangan lagi bercerita pasal projek, walaupun kepada isteri sendiri. Pengarah JKR itu bimbang jika maklumat tentang Meram Holdings dan projek membina jalan RM92.5 juta di Sekinchan bocor di JKR Negeri," tambah kakitangan Pejabat Daerah Petaling itu lagi.

Bagaimanapun difahamkan Pengarah JKR ini tidak bertanggungjawab dalam projek di Sekinchan dan Sungai Panjang itu. Pengarah lama sudahpun bersara selepas diberikan gelaran Dato' ekoran cadangan Khir sendiri.

Sehubungan itu, ketika dihubungi, jurucakap Penerbitan Pemuda yang menerbitkan akhbar Memo15 berkata: "Kami percaya kepada konsep kebebasan akhbar. Soal akhbar itu tak ada nama dan alamat pencetak tidak menjadi masalah. Tapi bukankah lebih elok kalau diletakkan siapa penerbitnya. Bolehlah kita menawarkan maklumat dan idea kita kepada pembaca secara terbuka di pasaran. Soal siapa yang hendak dipercayai pembaca, terserah kepada mereka. pembaca sekarang bukannya bodoh untuk menerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh akhbar kami, ataupun akhbar tajaan Khir itu."

(Detik Daily)




 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]