Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 P-E-M-U-D-A      k-e-A-D-I-L-a-n    S-E-L-A-N-G-O-R

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

2004 Selangor Kita Tawan

Berapa Yang Khir Dapat Dari Pua Kim An Dalam Projek Jalan Di Sekinchan?
Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)

 

Oleh : ANAK JATI TANJONG KARANG


Tepat sekali, wawancara Mingguan Malaysia dengan Khir Toyo adalah bertujuan untuk membersihkan namanya apabila akhbar itu memainkan isu Dr Hassan Ali meneroka tanah haram pula.

Lalu, hilanglah isu dakwaan rasuah Khir yang mengambil komisyen lebih RM20 juta daripada taukeh Cabaran Wangsa Sdn Bhd, Pua Kim An, 27 tahun, yang merupakan kontraktor sebenar yang membina jalan termahal di Sekinchan itu. Semua orang di Sekinchan dan Tanjong Karang tahu hal ini. Kita semua dapat tengok sendiri Pua Kim An itu, dulunya sengkek tetapi bila Khir jadi MB, bukan main kencang lagi bisnesnya. An ini pula bukan jenis orang yang pandai jaga mulut, semua kawan-kawannya tahu tentang habuan yang dia dapat dari Khir.

Dan An ini suka cerita pada semua orang tentang bagaimana rapatnya dia dengan Khir. An ini adalah bekas tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir sebelum Khir jadi MB dulu. Tapi takkan kerana pernah sewa rumah maka An dilayan dengan begitu hebat sekali bagai anak emas.

Khir pilih An kerana dia yakin kalau dia minta rasuah dari An orang tak tahu. Saya ada bukti berapa sebenarnya yang An dapat dari projek itu, selepas ditolak bayuaran sikit kepada Meram Holding dan bayaran banyak kepada Khir. BPR mesti ambil berat kes ini. Tolong selidik An berapa yang dia sudah bagi kepada Khir. Kalau tekan si An ini, pasti BPR dapat cerita yang menarik, selain cerita An inilah yang bina rumah Khir di Simpang Lima.

Saya akan hantar segala maklumat yang saya ada tentang perjanjian sulit antara Pua Kim An dengan Khir Toyo kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) Shah Alam sebagai bukti mengapa An perlu disiasat habis-habisan.

(Detik Daily)


 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]