Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 P-E-M-U-D-A      k-e-A-D-I-L-a-n    S-E-L-A-N-G-O-R

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

2004 Selangor Kita Tawan

Pengagihan Tanah Mesti DiRombak Besar-Besaran
Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)



Oleh : SULAIMAN KARIM



Saya amat bersetuju dengan pandangan Sdr Lutfi Othman bahawa apa yang harus ditimbulkan dalam isu rasuah Menteri Besar Selangor ialah bagaimana harus dilakukan reformasi besar-besaran bagi mempastikan pengagihan tanah khususnya dibuat secara telus dan adil.

Selama ini hak membahagikan tanah terletak sepenuhnya kepada Menteri Besar. Exco-exco yang lain hanya diperalatkan untuk mengesahkan keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar.

Sebab itu nampaknya Dr Khir Toyo bersungguh-sungguh menekankan bahawa keputusan memberikan tanah kepada anak-anak gadis 20 tahun dan juga seorang anak Pegawai Daerah (juga 20 tahun) dibuat secara sebulat suara oleh anggota Exco yang lain, bukannya keputusan beliau seorang diri.

Saya harap Badan Pencegah Rasuah dapat menyiasat bagaimana sebenarnya perjalanan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor. Katanya, Khir mempunyai kata putus yang tak dapat disangkal oleh exco yang lain. Putih katanya, putihlah keputusan yang bakal dibuat. Sebab itu tidak hairanlah jika seorang Exco menghempaskan fail di depan Khir lalu keluar daripada bilik mesyuarat Exco kerana tidak puas hati keputusan Khir meluluskan tanah di kawasan Exco itu kepada seseorang yang menurut Khir tidak pun dikenalinya.

Saya juga harap segala keputusan tentang permohonan tanah yang dipertikaikan itu, khususnya di Mukim Dua Belas Kuala Langat dan Shah ALam itu dapat dibekukan sehinggalah siasatan selesai dijalankan. Begitu juga dengan kontrak pembinaan jalan di Sekinchan yang penuh kontrovesial itu. Ia juga harus dihentikan dan dicari seorang konsultan bebas yang bertaraf dunia untuk memberikan berapa anggaran kos sebenar projek itu dan perlukan ia dibina segera kerana membabitkan wang rakyat yang begitu banyak sedangkan manfaatnya tidak seberapa.

Dan lebih molek lagi jika Khir melepaskan jawatannya buat sementara waktu, sehinggalah BPR selesai membuat siasatan. Jika tidak Khir dengan kuasa dan pengaruhnya boleh menganggu proses siasatan yang dibuat oleh BPR Selangor itu.

Isu rasuah membabitkan MB ini tidak boleh dipandang ringan. Ia mesti diselesaikan segera dan siasatan harus dibuat sexcara menyeluruh walaupun kali ini membabitkan seorang tokoh yang cukup dipercayai Mahathir.

(Detik Daily)


 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]