Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 P-E-M-U-D-A      k-e-A-D-I-L-a-n    S-E-L-A-N-G-O-R

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

2004 Selangor Kita Tawan

Khir Diingatkan Jangan Babitkan Menteri Besar Terdahulu
Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)


Oleh : Wartawan Detikdaily



SHAH ALAM, 18 Nov: Seorang veteran Umno menasihatkan Menteri Besar Selangor agar berhati-hati membuat kenyataan membela diri kerana dikhuatiri hujah-hujahnya boleh menyinggung pihak lain, di dalam Umno sendiri.

Beliau yang ditemui sebelum solat Tarawikh, di sebuah masjid dekat sini, merujuk kepada wawancara eksklusif Mingguan Malaysia dengan Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo hari ini, 18 November.

"Misalnya Dr Khir mendakwa beliau meluluskan tanah yang sudah dipohon sejak 30 hingga 70 tahun lalu. Dalam wawancara itu, Khir berkata, 'sudah beberapa Menteri Besar bertukar, tetapi tak tahu kenapa permohonan-permohonan mereka tidak diluluskan'," tambah veteran Umno yang aktif semasa Dato' Harun Idris menjadi Menteri Besar Selangor.

Jelas sekali, katanya, Khir cuba menyalahkan menteri besar sebelumnya bagi menutup kelemahan dirinya sendiri.

"Sedangkan, saya dapati, aduan yang dibuat kepada Badan Pencegah Rasuah, tidak ada kena mengena dengan apa yang dijelaskan oleh Khir itu. Beliau didakwa meluluskan tanah kepada orang muda, bukannya dipersalahkan kerana memberi tanah kepada orang tua.

"Dan, beliau dipersalahkan kerana memberi tanah seluas 400 ekar kepada empat buah syarikat yang mempunyai pengarah yang sama, sedangkan Khir mendakwa ada pemaju perumahan yang tidak senang hati dengan langkahnya yang banyak memberi tanah kepada individu," tegas veteran Umno yang berusia dalam lingkungan awal 80-an itu.

Beliau menasihati Khir supaya tidak membabitkan pihak lain, apatah lagi dengan cuba mengaitkan menteri besar terdahulu. "Khir patut menjawab apa yang dituduh kepadanya, bukannya mencari isu lain bagi menutup kelemahan dirinya. Saya bimbang nanti bukan saja Khir ditolak pembangkang tetapi dalam Umno sendiri ramai yang tidak puas hati kepadanya."

(Detik Daily)

 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]