Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 P-E-M-U-D-A      k-e-A-D-I-L-a-n    S-E-L-A-N-G-O-R

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

2004 Selangor Kita Tawan

Khir Tidak Jawab Isu Yang Dibangkitkan Lutfi
Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)



Oleh : PEMINAT LUTFI



Membaca wawancara khas Mingguan Malaysia dengan Dr Khir Toyo, Menteri Besar Selangor, Ahad 18 November lalu membuatkan saya tertanya-tanya: “Apa motif sebenar interviu Baharom Mahusin dan Amir Sarifudin Mansor dengan Khir yang dikatakan mewakili imej pemimpin Umno yang muda, orang kampung, bersih, warak, telus, progresif dan dinamik itu?”

Ini kerana interviu satu setengah muka surat itu langsung tidak menjawab segala dakwaan yang dibuat oleh Ahmad Lutfi Othman, sebaliknya Khir cuba menimbulkan isu lain pula. Mungkin benar kata seorang teman saya: “Jawapan Khir itu hanyalah untuk meninggikan lagi tempat untuknya jatuh.”

Saya juga hairan bagaimana Mingguan Malaysia boleh menyifatkan Khir sebagai mewakili orang yang bersih, warak dan telus. Walaupun Khir belum terbukti kesalahannya tetapi untuk meletakkannya sebagai orang yang “bersih, warak dan telus” bukanlah langkah bijaksana semasa beliau menghadapi begitu banyak tuduhan.

Antara isu besar yang Ahmad Lutfi bangkitkan ialah pemberian kontrak jalan di Sekinchan bernilai RM92.5 juta kepada sebuah kontraktor bermasalah, yang tidak dapat menyiapkan sekurang-kurangnya lima projek di Gemas, Port Dickson, Pelabuhan Kelang, Mersing dan Seri Petaling.

Lutfi juga timbulkan bagaimana projek mewah itu, yang menelan belanja RM4.5 juta untuk satu kilometer, boleh disub sepenuhnya kepada Cabaran Wangsa, yang mana pemilik sebenarnya, Pua Kim An adalah bekas tuan rumah yang rumahnya pernah disewa oleh Khir.

Dan melalui maklumat Detikdaily, Pua jugalah yang membina rumah baru Khir di Simpang Lima, bernilai lebih kurang RM500,000 termasuk tapak tanah. Dan Cabaran Wangsa ini langsung tidak mempunyai pengalaman di bidang pembinaan, ia hanya sebuah syarikat developer.

Lutfi mempersoalkan bagaimana nilai projek jalan melalui kawasan bendang itu terlalu tinggi sedangkan keperluannya tidak begitu mendadak.

Malah cakap-cakap orang kampung di Sekinchan menuduh Khir mendapat banyak wang panas dari Pua ekoran projek membina jalan itu. Mereka dapat melihat bagaimana keadaan Pua dan bisnesnya ketika Khir sebelum dilantik Menteri Besar dan situasinya selepas Khir menjadi MB.

Isu pembinaan jalan B44, termasuk jalan di Sungai Panjang bernilai lebih RM30 juta yang dibina oleh Radzah, langsung tidak disentuh. Sedangkan kes ini memerlukan banyak penjelasan dari Khir.

Bertambah pelik apabila Khir mengalih isu, yakni apabila Lutfi mempersoalkan bagaimana anak-anak gadis berumur 20 tahun dan baru 40 hari menjadi pengarah syarikat boleh diberikan tanah seluas 50 ekar, tiba-tiba Khir menimbulkan bagaimana dia meluluskan tanah untuk pemohon yang telahpun memohon sejak 30 hingga 70 tahun lalu dan yang mendapatkannya adalah orang-orang tua belaka.

Jelas sekali Khir cuba bermain silap mata kerana tidak mempunyai jawapan konkrit ke atas tuduhan yang dibawa kepadanya. Beliau cuba mengada-adakan cerita dan mahu membangkitkan sentimen perkauman dengan menonjolkan dirinya sebagai pejuang Melayu.

Malah dalam perhimpunan bersama Pemuda Umno Selangor 30 Oktober lalu di Bangunan SUK, Khir juga bermain api dengan sentimen perkauman. Katanya, apa yang dilakukannya, yakni dengan memberikan projek mewah kepada Meram Holding, ialah satu usaha untuk menolong orang Melayu. Begitu juga dengan pemilihan lokasi projek jalan di Sekinchan hingga Sungai Panjang, semuanya adalah untuk kepentingan dan keuntungan orang Melayu.

Untuk seorang dua, Khir memang boleh menipu, tetapi bagi rakyat yang sudah celik mata, celik budaya, penjelasan Khir hanya memakan diri sendiri. Saya menunggu penjelasan Lutfi tentang isu ini secara panjang lebar lagi.

(Detik Daily)



 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]