Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 P-E-M-U-D-A      k-e-A-D-I-L-a-n    S-E-L-A-N-G-O-R

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

2004 Selangor Kita Tawan

Mengapa Shahrir Pertahankan Khir Toyo?
Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)

 

Oleh : PEMINAT TULISAN SHAHRIR


Selepas membaca tulisan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Shahrir A Samad tentang kes dakwaan rasuah terhadap Dr Mohd Khir Toyo, saya yang selama ini peminat kolumnya, tertanya-tanya: apakah yang cuba digambarkan oleh bekas penentang Mahathir itu?

Memang benar Khir belum terbukti bersalah di mahkamah, dan seseorang itu harus dianggap tidak bersalah sehinggalah ia didapati bersalah dengan keterangan yang jelas, namun untuk meletakkan Khir sebagai seorang pemimpin yang bersih dan cekap, tentulah tidak begitu kena.

Shahrir sendiri merasakan bahawa segala butiran terperinci yang dikutip oleh Ahmad Lutfi Othman kepada BPR datangnya daripada orang dalam. Dan inilah yang menjadi bahan perbincangan yang utama dari kalangan Umno sekarang. Mereka lebih berminat untuk mengetahui siapa sebenarnya yang membocorkan rahsia dalaman kerajaan, termasuk kes pinjaman perumahan yang dilangsaikan oleh Khir dalam masa 15 hari, pada bulan Mac 2001, sebanyak RM150,000 tunai.

Begitu juga dengan isu membabitkan pinjaman peribadi Sultan Selangor sebanyak RM6 juta yang akan digunakan untuk membina istana buat Permaisuri Siti Aishah. Dan lebih menggerunkan apabila Lutfi mendedahkan bahawa Khir telah meluluskan permohonan anak-anak muda berumur 20 tahun bagi mendapatkan tanah seluas 50 ekar di Kuala Langat dan Shah Alam.

Dan ditunjukkan juga bagaimana sebahagian besar mereka langsung tidak tahu menahu bahawa mereka pernah memohon tanah. Ini bermakna ada tangan-tangan ghaib yang cukup rapat dengan Menteri Besar yang sebenarnya memohon tanah-tanah itu.

Begitu juga dengan kes projek membina jalan bernilai RM92.5 juta di Sekinchan. Projek ini cukup mahal. Orang-orang di Sekinchan dan sekitar Tanjong Karang heboh bercakap tentang projek gajah putih ini dan berapa ganjaran yang Khir dapat daripada subkontraktor, Pua Kim An. Meram Holding yang mendapat kontrak ini langsung tidak ambil tahu tentang projek ini. BPR boleh siasat dengan kontraktor kecil yang pernah berurusan dengan Meram. Pengurus Besar Meram sendiri bila dihubungi oleh kontraktor yang pernah berurusan dengannya menafikan bahawa mereka terbabit secara langsung dengan projek itu. Nama Meram hanya digunakan.

Khir cuba memainkan sentimen perkauman dengan mengatakan bahawa projek itu diberikan kepada sebuah kontraktor Melayu, untuk membantu orang Melayu, di kawasan yang mana jalan itu akan merentasi bendang-bendang milik orang Melayu dan akhirnya akan meningkatkan nilai tanah Melayu.

Khir sekali lagi cuba berlagak sebagai wira Melayu walaupun semasa beliau makan angin ke Eropah (tapi atas alasan mencari pelabur asing dan PM amat marah dengannya), beliauj ditemani oleh taukeh-taukeh Cina. Dan Khir tak boleh tipu orang di Sekinchan bahawa subkontraktor yang buat jalan itu adalah Cabaran Wangsa, yang juga dipunyai oleh taukeh Cina, walaupun ada seorang kroninya, Ahmad Termizi Teujerry, yang diletakkan sebagai pemegang saham utama.

Akhbar Lutfi telah mendedahkan siapa sebenarnya Termizi ini dan bagaimana bentuk rumahnya di Taman Sri Cheras. Termizi ini juga mendapat 100 ekar tanah. Dan kalau diteliti dengan dada terbuka, tidak kiralah siapa sebenarnya yang memberikan maklumat kepada Lutfi, soalnya apakah benar seperti dakwaan Shahrir bahawa Khir Toyo adalah lambang masih ada pemimpin Umno yang bersih dan cekap.

Kalau orang seperti Khir dianggap bersih dan cekap, saya tak tahu bagaimana tafsiran Shahrir terhadap pemimpin-pemimpin Umno yang lain. Mungkin Shahrir tidak pernah bersetuju dengan Mahathir yang mengatakan bahawa seseorang pemimpin itu bukan saja mesti bersih tetapi seharusnya nampak bersih.

Mungkin Shahrir menganggap segala dakwaan terhadap Khir adalah fitnah belaka, tiada yang benar melainkan semua pembohongan semata-mata. Shahrir berhak menganggap begitu selagi tiada bukti jelas yang mensabitkan Khir dengan tuduhan rasuah. Dan Shahrir sendiri boleh menilai sejauh mana kebebasan BPR untuk memulakan siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya atas sesuatu kes membabitkan orang-orang kepercayaan Mahathir.

Untuk pembaca meneliti penjelasan sikap Shahrir di bawah ini saya perturunkan pandangannya yang bernas dan jitu itu:

"Ia seolah saperti sejarah berulang kembali apabila Menteri Besar Selangor yang baru, Dr. Mohd Khir Toyo, turut dituduh melakukan rasuah dan penyelewengan. Seorang penulis bebas (atau kononnya 'aktivis media') turut membuat aduan polis terhadap Dr Khir berhubung tuduhan-tuduhan tersebut dan heboh jugalah akhbar Harakah mengenai perkara yang sama.

Dewan Undangan Negeri Selangor pun turut digemparkan dengan pihak pembangkang menuntut agar perkara itu dibahaskan. Samalah juga keadaan ketika bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Abu Hassan Omar, dahulu ketika beliau dituduh tentang pembaziran wang kerajaan dan, terakhir sekali, tentang perbuatan curang yang memaksa beliau meletakkan jawatan.

Kali ini seperti pada masa dahulu, pada anggapan saya, segala butiran dan fakta yang digunakan untuk menuduh Dr. Khir melakukan penyelewengan pastinya datang juga daripada pihak dalam kerajaan itu sendiri. Saya beranggapan sedemikian oleh kerana butiran dan fakta tersebut begitu lengkap sekali sehinggalah kepada pembayaran balek pinjaman perumahannya.

Namun demikian, Dr. Khir telah melalui dugaan ini dengan tenang dan mudah. Satu aspek yang menyebelahinya ialah kerana keperibadiannya itu sendiri mudah menyangkal tuduhan terhadapnya. Sekiranya Dr. Khir seorang yang suka menunjuk-nunjuk dengan jawatan tingginya itu (atau dalam bahasa pasar 'berpoya-poya'), saya berpendapat penjelasan beliau itu lebih mungkin disambut secara sinis.

Saya sangat berharap agar Dr. Khir akan terus berpegang kepada prinsip bahawa kedudukan dan jawatan tingginya itu adalah semata-mata untuk beliau berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat dan rakyat negeri Selangor. Ianya suatu yang penting kerana beliau seorang pemimpin muda yang telah diberikan suatu peluang di luar dari jangkaannya, dan seharusnyalah beliau terus mengekalkan idealisma seorang anak muda serta imej peribadinya yang masih bersih tanpa kecacatan itu.

Beliau mampu membuktikan bahawa masih ada pemimpin Umno yang bersih dan cekap! Sekiranya kita bersih dan kelihatan bersih, apa pun tuduhan tidak akan diterima oleh rakyat yang memerhati walau bagaimana hebatpun serangan dari musuh yang berada di luar dan di dalam. Kredibiliti kita sendiri yang akhirnya menjadi perisai yang sebenar.





 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]