Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Lebih Baik Semua Exco Selangor Berhenti Ataupun Memang Mereka Pondan!
 


Oleh HAMID SULAIMAN


Khir Toyo memang sudah cukup teruk bila beliau melantak habis-habisan segala projek, tanah, balak dan wang rakyat Selangor. Tapi yang lebih teruk dan bangang macam lembu ialah anggota Exconya terutama daripada Umno.

Walaupun mereka ini adalah orang lama dan veteran dalam Umno, tetapi berdepan dengan Khir Toyo, mereka jadi macam budak-budak tak sekolah. Langsung tak berani nak protes MB. Semuanya pak angguk. Kalau ada yang marah, yang berani mengumpat di belakang.

Paling teruk bila Khir arahkan minit mesyuarat dan kertas penting yang akan dibincangkan dalam meeting Exco hanya diberikan selepas semua Exco duduk untuk mula meeting. Lepas habis meeting, semuanya kena serah balik pada Khir.

Saya tak marah lagi dengan Khir kerana cukup meluat dengan perangai buruknya, yang bertopengkan imej agama. Yang saya marah dan hairan, bagaimana Exco yang dah dua tiga penggal tu boleh turut jadi bodoh, bangang, dan tak berani buka mulut. Mereka sudah jadi tak lebih dari budak pejabat. Langsung tak de maruah, hanya kerana wang dan kuasa, sanggup Exco yang tua-tua ni duduk mengangguk apa saja arahan gila Khir.

Khir memang sudah gila dengan Karim Mansor, dengan jutawan kroni sekor dua, yang membolot segala projek, macam JAKS, Lebar Daun dan Majulia. Tapi Exco yang hanya dapat sisa selepas Khir pilih semua kroninya untuk bagi projek, duduk melengung tak ketahuan hala. Bukannya banyak nilai yang didapatinya tetapi mereka tetap membisu di situ.

Tak malukah mereka dengan ungkapan Exco Selangor masuk meeting Exco berlenggang keluarpun berlenggang. Tak buat persiapan langsung. Bila Khir ambil kertas kecik dari pokej bajunya nak sebut nama kontraktor atau syarikat kroni, semua exco lain senyap terkedu. Mereka terpaksa terima apa saja arahan Toyo. Nak buat macamana, nak cari makan, puihhh!
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net