Oleh : SO PENCEN
A. SIAPA kmu?.
Laman web www.kmu.net.my telah membela mati-matian Khir Toyo dalam kes rasuah dan salah
guna kuasa secara terperinci.Siapa kmu sebenarnya?.
Adalah diduga bahawa kmu adalah Setpol MB Selangor,Dr.Karim (k) Mansur(m)
Umno(u).Tiada mana-mana pegawai yang mampu menerangkan begitu terperinci proses pemberian
tanah dan rayuan bayaran premium tanah kepada syarikat-syarikat milik Samsuri Rahmat dll
sejak tahun Oktober 1994 hingga Disember 2000.
kmu mampu menerangkan bagaimana syarikat yang dituduh tidak mampu membayar
premium yang tinggi berjumlah lebih RM 68 juta. Syarikat syarikat itu telah beberapa
kali membuat rayuan dan memohon pengurangan premium dan mendapat kelulusan pada 22
Disember 2000.Maklumat terperinci ini hanya boleh diperolehi daripada bekas exco sejak
zaman Mat Taib atau orang yang paling rapat dengan MB sekarang.
Kesimpulannya adalah bahawa kmu mestinyalah orang yang paling rapat dengan
MB,Khir Toyo ia itu Dr.Karim Mansur,Umno.
B. kmu TELAH MENULIS:
1. Syarikat-syarikat Layar Kekal (LK),Tirai Gemilang (TG),Samasys (S) dan Usahasewa (U)
Sdn. Bhd telah ditawarkan tanah berjumlah 400 ekar pada 18 Oktober dan 14 November
1994.(Mesyuarat Exco pada 14 dab 21 September 1994).
2. Syarikat-syarikat berkenaan mesti membayar premium tanah sebanyak lebih RM 68.2 juta
kepada Pentadbir Tanah.
3. Syarikat-syarikat berkenaan telah gagal membayar premium sehinggalah tamat tempoh yang
dibenarkan .
4. Beberapa kali membuat rayuan untuk mengurangkan jumlah bayaran premium.
5. Lebih 7 tahun membuat rayuan mengurangkan premium.(Dari Sept 1994 hingga Dis.2000).
6. Pada 22 Disember 2000 adalah tarikh meluluskan pengurangan bayaran premium tanah.
7. Tanah seluas 400 ekar telah dijual kepada U Wood Bhd. walaupun syarikat- syarikat yang
mendapat tawaran asal tidak membayar premium yang telah tamat tempoh bayaran.
8. U Wood Bhd adalah milik Dato Rozali Ismail,taukeh Puncak Niaga Bhd.
9. Disember 2000 , Khir Toyo baru sahaja memegang jawatan MB Selangor selama 4 bulan.
C. KANUN TANAH NEGARA 1965
1. Seksyen 81: Butiran hasil tanah yang kena bayar apabila kelulusan diberi.
(1) Jumlah wang berikut hendaklah merupakan hutang kepada pihak berkuasa Negeri pada masa
ia meluluskan pemberimilikan mana-mana tanah Dibawah Akta ini
(2)
. Dalam notis atas Borang 5A,menghendaki tuan punya yang dicadangkan
membayar jumlah wang itu kepada nya (Pentadbir Tanah) dalam tempuh yang ditentukan
mengenainya dalam notis itu;dan jika apa apa jumlah wang sedemikian tidak dibayar dalam
masa yang ditentukan itu,kelulusan Pihak Berkuasa Negeri untuk pemberimilikan itu
hendaklah dengan itu luput.
2. Seksyen 82. Kuasa untuk menghendaki pembayaran deposit.
(2) Apabila menerima apa-apa permohonan yang kepadanya mana-mana arahan sedemikian itu
dipakai,Pentadbir Tanah hendaklah,dengan notis atas Borang 5A menghendaki pemohon
mendepositkan jumlah wang yang tersebut dengannya dalam masa yang ditentukan mengenainya
dalam notis itu: dan jika jumlah wang yang dituntut itu tidak dideposit kan dalam masa
yang ditentukan itu,permohonan itu hendaklah dengan itu disifatkan sebagai telah ditarik
balik.
3. Dalam Surat Pekeliling yang ditampal-tampal dikedai-kedai yang dikeluarkan
oleh PTS bertajuk Kerajaan Prihatin menyatakan:-
1. Rayuan pengurangan premium tanah hanya diberikan dalam masa 3 hingga 6 bulan dari
tarikh Borang 5A dikeluarkan.
2. Tempuh masa melunaskan bayaran premium paling lama 2 tahun.
4. Rayuan pengurangan premium hanya boleh dibuat sebanayk 2 kali sahaja.
D. SALAH GUNA KUASA DAN RASUAHOLEH PEJABAT MB/EXCO SELANGOR.
Berdasarkan kepada Kanun Tanah Negara 1965 dan Pekeliling Kerajaan
Prihatin,maka:
1. Mengapa Kerajaan Khir Toyo meluluskan pengurangan premium pada 22 Disember 2000 kepada
syarikta-syarikat berkenaan setelah tamat tempoh selama 6 bulan?.( Tawaran pemilikan tanah
pada Oktober 1994 dan lulus pengurangan bayaran premium Disember 2000 ,telah melebihi 7
tahun).
2. Siapakah yang memohon mendapatkan pengurangan premium?. Apakah syarikat syarikat
asal yang mendapat tanah atau U Wood Bhd ?.Syarikat-syarikat LK,Tg,S dan U tidak layak
memohon sebab tempoh masa melunaskan bayaran premium telah tamat(melebihi 2 tahun). U Wood
Bhd juga tidak layak memohon dan diberikan kelulusan sebab U Wood adalah syarikat besar
dan tersenarai dibursa saham KL.
3. Berapa kalikah syarikat-syarikat berkenaan memohon pengurangan premium dalam masa lebih
dari 7 tahun?.Mengikut pekeliling pejabat tanah,rayuan pengurangan premium paling bayak 2
kali.
4. Berapakah jumlah premium telah dikurangkan oleh MB Selangor : Jumlah asal adalah
melebihi RM 68.2 juta? (Berdasarkan kepada surat PKNS kepada Khir Toyo bagi tanah yang
diminta oleh Khir Toyo di Bangi,maka tidak mustahil jumlah premium tanah di Bukit Cherakah
telah dikurangkan melebihi 50 %).
5. Dari September 1994 hingga Disember 2000 telah melalui 3 orang MB, bermula dengan Mat
Taib ,Abu Hasan dan termasuk Khir Toyo sendiri.Mengapa bekas MB, Mat Taib dan Abu Hasan
tidak berani meluluskan pengurangan premium,tetapi Khir Toyo yang baru sahaja memegang
jawatan MB Selangor 4 bulan sudah rakus meluluskan permohonan tersebut?.
6. Mengapa Pejabat MB/PTS meluluskan penjualan dan pemindahan hak milik tanah dari
syarikat-syarikat asal yang memohon tanah kepada U Wood Bhd walaupun syarikat-syarikat
berkenaan tidak membayar premium dan telah tamat tempuh tawaran membayaran premium.
7. Mengikut syeksen 81 dan 82 Kanun Tanah Negara dan pekeliling PTS bahawa mana-mana tanah
yang telah ditawarkan kepada pemohon dan tidak melunaskan bayaran premium dalam masa 2
tahun dengan sendirinya permohonan itu luput. Tetapi mengapa syarikat-syarikat berkenaan
diberikan kelonggaran sehingga boleh merayu hingga 7 tahun dan dilayani begitu istimewa
oleh Khir Toyo?.
8. Rozali Ismail,taukeh U Wood Bhd adalah juga merupakan taukeh Puncak Niaga Bhd yang
banyak memberikan bantuan /sponsor terhadap Umno khususnya Umno Selangor dan Tg.Karang dan
lebih khusus kepada Khir Toyo.
9. Mengapa Khir Toyo sendiri tidak mematuhi garis panduan pekeliling yang dikeluarkan oleh
PTS,Kerajaan Prihatin tetapi ia lebih banyak memberikan prihatinnya kepada U Wood Bhd.?.
10. Mengapa semua pengarah-pengarah asal keluar daripada menjadi pengarah kepada
syarikat-syarikat pada tarikh , sama ada pada 3 September 1999 atau 6 Oktober 1999?.
11. Berapakah imbuhan yang diterima oleh pengarah-pengarah kerana bersedia keluar daripada
menjadi pengarah secara serentak?.
a). Syarikat Usahasewa S.B:Pengarah: Fazli Hisahak dan M.Rushdi bin M.Ramli diganti dengan
Samsuri Rahmat dan Amran A.Bakar pada 3 September 1999.
b). Tirai Gemilang- Mohad Khay Ibrahim dan M Iszhar Ibrahim diganti oleh Samsuri Rahmat
dan Amran A.Bakar pada 3 Sept.1999.
c). Layar Kekal Samsi Pakih dan Shaari Ismail diganti oleh Samsuri Rahmat,Bahari
Atan dan Rahmat Jamari pada 6 Okt.1999.
d). Samasys- Jariah bt Embor dan Azman Iskandar diganti oleh Samsuri Rahmat,Bahari Atan
dan Rahmat Jamhari pada 6 Okt.1999.
12. Apakah Samsuri Rahmat,Bahari Atan,Rahmat Jamhari dan Amran A.Bakar merupakan
jutawan-jutawan yang berkemampuan membeli saham syarikat U Wood Bhd dan dilantik menjadi
pengarah-pengarah?.
Contoh Borang 5A
Kanun Tanah Negara
BORANG 5A
(Seksyen 81 dan 82)
NOTIS GENAP MASA HASIL TANAH DIBAYAR
Bil.Permohonana Tanah
Kepada
...
yang beralamat di
.
Tuan/Puan adalah dengan ini dekehendaki dalam tempuh
..
Dari tarikh notis ini disampaikan supaya *membayar/memasukkan dalam deposit di Pejabat
tanah daerah ini wang-wang yang berikut _
Cukai bagi tahun yang pertama
$
Premium
$
Bayaran Ukur (tidak termasuk Tanda Sempadan)
$
Tanda Sempadan
$
Penyediaan dan pendaftaran suratan hakmilik tetap
$
Jumlah
$
Adalah diberi notis bahawa jika jumlah wang tersebut diatas tidak *dibayar/dimasukkan
dalam deposit dengan sepenuhnya dalam tempuh yang dinyatakan itu,maka menurut kuasa
peruntukan-peruntukan seksyen *81/82,Kanun Tanah Negara-
*kelulusan atas permohonan tuan/puan akan luput.
*permohonan tuan/puan akan disifatkan sebagai telah ditarik balik.
Bertarikh pada
.. haribulan
,19
.
Pejabat Tanah
..
Daerah
..
Adalah diharapkan pihak BPR dapat menyiasat perkara-perkara ini.
Dari:
SO Pencen
|