Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Usaha Khir Toyo Cuba Tangguhkan Lagi Sidang DUN
 


Oleh PENASAKTI



Sabtu, 30 Mac, bermulanya sidang DUN Selangor, yang akan dirasmikan Sultan Selangor. Tarikh 1 April pula akan diingati kerana sekali lagi isu rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan Khir Toyo akan dibahaskan sekali lagi, selepas ia mula dicetuskan pada sidang 30 Oktober 2001.

Sudah tentu Khir Toyo akan mencari jalan supaya Dr Hassan Ali sebagai Ketua Pembangkang akan "dikepung" oleh wakil-wakil BN dan dijangka persidangan yang dijadual sehingga 3 April itu akan ditangguhkan lebih awal.

Khir merancang supaya pada hari pertama perbahasan, selepas Hassan Ali berucap, jalan dicari agar sidang ditangguhkan. Ini kerana difahamkan Haasan Ali bukan saja akan menggunakan peruntukan masa khas untuknya bagi menimbulkan kes-kes rasuah Toyo, tetapi akan menyelitkannya di mana-mana saja.

Kepada pencacainya, Khir mencanangkan yang dia berada dalam keadaan stabil, tidak timbul sama sekali kemungkinan beliau ditukar, malah PM akan mengekalkannya sebagai MB dalam tempoh yang agak lama (sempatlah menimbun kekayaan dan membaham segala khazanah Selangor yang dara dan cantik itu). Walhal, Khir kini diburu bayang-bayang dosanya sendiri.

Artikel Khir Toyo memerlukan bantuan psikiatri cukup baik untuk menjelaskan suasana yang dihadapinya kini.

Apa pun, masalahnya bagi parti pembangkang, mereka hanya bersandarkan kepada Hassan Ali untuk menghangatkan sidang DUN, ditokok oleh Teng Chang Khim (Ketua Pemuda DAP). Ini kerana Azmin ALi dikatakan tidak hadir sidang kali ini, wallahua'lam.

Ramai mengharapkan Ustaz Ismail Kamus, ADUN Gombak Setia akan membuat kejutan kali ini selepas beberapa lama membisu. Tokoh ulamak ini jarang menjadikan sidang DUN sebagai platformnya untuk menyampaikan mesej Islam, terutama dalam isu penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa. Bagi seorang yang jarang bercakap seperti Ustaz Ismail, jika beliau mengambil peranan aktif kali ini, tentulah perhatian difokuskan kepadanya. Tapi, saya sendiri kurang yakin beliau mampu berbuat demikian.

Sama-sama kita tunggu, mampukah Khir digugat kali ini, ataupun kita akan terus mendengar jawapan "bodoh" Khir mengulangi jawapan "bodohnya" pada sidang lepas. Sepatutnya kita patut mendedahkan kebodohannya yang tersirat dalam jawapan balasnya kepada serangan Hassan Ali ini. Tunjukkan, inilah kemampuan MB Umno, yang dikatakan PM sebagai paling bersih. Kemampuannya, hanyalah menyedut segala isi negeri, yang dulu reserve Selangor pernah mencapai RM7,000 juta, tapi kali ini reserve itu jauh berkurangan, tak sampai RM1 bilion pun.

Kenapa boleh jadi begitu, kalau bukan pembaziran selepas projek ditingkatkan berkali ganda, misalnya di Sekinchan, sepatutnya kos jalan RM40-50 juta sudah jadi RM92.5 juta; pasang paip air dari Semenyih hingga Banting, sepatutnya RM37 juta sudah jadi RM82 juta. Itu baru dua projek yang agak kecil. Kita belum congak projek RM500 juta kepada syarikat kroni, Lebar Daun, ataupun tender bekal paip air oleh syarikat Naib ketua Umno Tanjong Karang, Jamian Mohamad kepada Jabatan Bekalan AIr Selangor bernilai hampir RM300 juta. Untuk Dr Hassan Ali dan teman-temannya, kita ucapkan selamat bersidang!

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net