Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Pergolakan Dalam Umno Selangor Ibarat Api Dalam Sekam
 


Pergolakan dalam Umno Selangor ibarat api dalam sekam. Cuba fikirkan, hati siapa yang tidak terusik bila laman-laman web dan akhbar-akhbar yang disebarkan secara percuma menuduh sewenang-wenang ada ahli-ahli Exco kerajaan negeri terbabit membocorkan maklumat dan rahsia kepada pembangkang dan Ahmad Lutfi.

Segala tuduhan itu dibuat tanpa usul periksa, dengan menyebut nama-nama secara jelas dan terang. Dan lebih teruk lagi bila Khir melalui kroninya menaungi laman web dan sebaran akhbar tersebut. Semuanya menyemarakkan lagi rasa prasangka antara pemimpin kanan Umno Selangor.

Begitu juga dengan tindakan Khir Toyo yang mengenakan peraturan baru, yang hanya mengedarkan kerta-kertas yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco, selepas semua Exco mengambil tempat dan segala minit mesyuarat dan sebagainya tidak boleh dibawa keluar dari bilik mesyuarat.

Cuba ceritakan kepada saya, peraturan apa macam ini. Sepatutnya kertas penting mesyuarat diedarkan paling sehari sebelum mesyuarat Exco, bukannya hanya dimaklumkan selepas mesyuarat dimulakan.

Exco-exco lain, walaupun tidaklah "sebijak" Khir Toyo, tentulah tercabar kehormatan mereka bila dilayan sebegitu rupa. Khir yang dituduh rasuah, dia pula sibuk-sibuk desak Pak Lah pecat Exco lain yang tak sebulu dengannya.

Jadi kepada Khir, sebelum menuduh pihak lain yang mencetuskan masalah dalaman Umno Selangor, periksalah, cerminlah diri terlebih dahulu. Siapa yang membawa masalah sebenar kepada Umno, anda (Khir Toyo) ataupun Exco-exco yang kamu nak pecat itu.
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net