Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Fungsi Mewah Sdn Bhd: Khir Toyo Ancam Orang Noh Omar
 


Oleh: Seri Bulan


Pengarah-pengarah Fungsi Mewah Sdn Bhd (533839-T) yang ditubuhkan terdiri dari Rosli Husaini 60%,Pua Kim Seng ( Pua Kim An ) 20 %,Ng Lui Keng 10% dan Ng Siew Huang 10%.

Rosli Husaini tinggal di Sawah Sempadan,T.Karang,Selangor adalah seorang petani dan kadang-kadang menjadi pekerja balak. Pua Kim Seng adalah abang kepada Pua Kim An rakan kongsi Khir Toyo.Ng Lui dan Ng Siew adalah taukeh balak yang rapat dengan Rosli.

Kompartmen 78 Hutan Simpan Hulu Langat adalah merupakan kawasan tadahan air untuk negeri Selangor. Kawasan ini telah digazetkan dan dilarang untuk dibalak oleh Jabatan Hutan.

Tetapi atas kuasa yang ada kepada Khir Toyo selaku MB Selangor,maka Pengarah Hutan Razani Ujang telah meluluskan kompartmen ini dan diberikan kepada Fungsi Mewah Sdn Bhd.

Jabatan Hutan Selangor telah meluluskan permohonan hutan ini kepada Fungsi Mewah pada awal tahun 2001 seluas melebihi 1800 ekar setelah diarahkan oleh Khir Toyo melalui mensyuarat exco negeri.Kelulusan kawasan balak diberikan kerana pihak syarikat menjanjikan 40% hasil jualan balak untuk Khir Toyo.

Taukeh Cina dari Johor telah sanggup membelinya dengan harga RM 7000.00 seekar tetapi belum ada sebarang perjanjian antara kedua pihak.

Rosli Husaini sebagai pengarah dan pemegang saham terbanyak,60% telah meminta bahagiannya seperti mana yang tertulis dalam borang 49 dan 24.Khir Toyo juga telah meminta komisen 40% dari syarikat kerana meluluskan permohonan.

Oleh kerana tidak mencapai persetujuan antara Khir Toyo dan Rosli atas pembahagian penjualan balak maka Rosli telah disingkirkan sebagai pengarah syarikat Fungsi Mewah.

Atas kehebatan penipuan Khir Toyo dan Pua Kim Seng,Rosli disingkirkan daripada menjadi pengarah syarikat. Tetapi mereka lupa menyingkirkan Rosli Husaini sebagai pemegang saham terbanyak dalam Fungsi Mewah.Saham Rosli Husaini masih 60 dalam Fungsi Mewah walau pun Rosli tidak menjadi pengarah syarikat.

Rosli Husaini telah diganti dengan Muzamil Ibrahim,beralamat Kg.Temiang Tanjong,Muar pada 15.3.02 sebagai pengarah syarikat.

Oleh kerana kemelut antara Rosli dan Khir Toyo, Jabatan Hutan Selangor telah membatalkan surat kelulusan membalak kepada Fungsi Mewah.

Tetapi pada Mei 2001 satu lagi surat kelulusan baru Mengusahasil Kayu Balak di Kompartmen 78 Hutan Hulu Langat dikeluarkan oleh Jabatan Hutan Selangor kepada Fungsi Mewah sekali lagi.

Namun demikain Rosli tetap menuntut haknya dalam Fungsi Mewah sebagai pemegang saham terbanyak walaupun tidak sebagai pengarah Fungsi Mewah.

Apabila tuntutan hak Rosli Husaini sebagai pemegang saham terbanyak tidak dihiraukan ,maka ia telah berjumpa Noh Omar,(Timbalan Ketua Bahagian Tg.Karang yang mana Khir Toyo sebagai Ketua Bahagian) untuk mendapatkan pertolongan.Noh Omar sangat gembira apabila Rosli berjumpa dan meminta pertolongan. Kegembiraan Noh Omar bukan kerana ingin menyelesaikan kes Rosli yang tertipu tetapi adalah kerana rahsia keburukan Khir Toyo terbongkar dan dalam genggaman Noh sekarang.

Sampai kini,kawasan balak kompartmen 78 masih belum laku terjual kerana taukeh-taukeh Cina tidak berani membelinya ,lebih-lebih lagi telah terjadi kes BPR.

Oleh kerana Rosli telah membongkar kes ini dan memberikan maklumat kepada Noh Omar,maka pencacai Khir Toyo telah mengancam keselamatan Rosli.

Sekarang Rosli Husaini sudah tidak berani pulang ke Sawah Sempadan Tg.Karang .

Maka agaknya Rosli Husaini pun berkata “ Tak dapat balak pun susah,dapat balak lagi susah hoo!”.


 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net