Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Khir Toyo Perlu Bantuan Psikiatri
 
Oleh: Abu Syabab At Tabani


Menurut kajian psikologi, Khir Toyo sebenarnya sedang menghadapi krisis kejiwaan dan penyakit mental yang membimbangkan.Tindakan-tindakan beliau mutakhir ini membuktikan dapatan-dapatan oleh ramai psikologis dan psikiatris.

"Locus kawalan dalaman" Khir Toyo terlalu rendah, sementara "locus luarannya" terlalu tinggi. Apa maksud "locus dalaman" yang rendah ? Maksudnya seorang itu merasa mudah terkesan, takut dan bersalah yang melampau sehingga terpaksa membela diri secara yang bukan-bukan. Nyatalah seorang doktor perubatan gigi gagal memahami personaliti dalaman yang sedang dihadapinya kini.

"Tret-tret personaliti" Khir Toyo kini membuktikan dan memberi petunjuk kepada rakyat Selangor bahawa mereka kini punya seorang MB yang yang menderita jiwanya dan cuba melindungi amalan rasuah yang dilakukan olehnya.

Bukti "tret personaliti" Khir Toyo dapat dinilai dan dikaji selidik melalui tindakan-tindakan beliau yang disenaraikan di bawah:

1. Menghebahkan kepada orang ramai bahawa ada orang memfitnahnya. Apakah fitnah itu? Bapanya membina reban ayam bernilai RM100,000. Orang yang punya pemikiran yang rasional tidak mungkin akan mengeluarkan pernyataan yang amat lucu ini. Malangnya ia lahir dari mulut seorang yang bersatus MB. Dari pandangan Psikologi ianya adalah ucapan "di bawah sedar". Cuba lari dari kenyataan. Berpuluh fakta dari Ahmad Lutfi tentang rasuah Khir Toyo. Satu pun tidak dijawab. Sebaliknya yang dihebahkan -"Hikayat seorang bapa dan reban ayam."

2. Membeli iklan di Utusan Malaysia dengan nilai RM 200,000. Satu lagi tindakan yang belum pernah dibuat oleh mana-mana MB semenjak zaman Tunku Abdul Rahman. Unsur "mekanisme bela diri" dan membeli "topeng "digunakan untuk menipu rakyat Selangor. Beliau amat terdesak. Beliau sebenarnya cuma mencari kelegaan sementara. Memujuk hati dengan ilusi "Tolong percaya kepada aku,aku adalah bersih, cekap dan amanah". Begitulah kroniknya jiwa Khir Toyo kini.

3. Memaksa Exco-exco supaya tidak membawa minit mesyuarat keluar. Masuk berlenggang dan keluar berlenggang. Satu petanda krisis dalaman yang teruk. Hidup Khir kini sedang melalui suasana "introvert" yang tinggi.Tidak lagi mempercayai dan mencurigai exco yang sama-sama dalam satu parti. Siapa lagi yang hendak beliau percaya?

4. Bertanggungjawab merancang dan merampas akhbar MEMO yang ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman. Ini adalah lambang manusia yang pengecut, rendah diri, bimbang dan rasa bersalah terhadap apa yang dilakukannya. Lagi menambah keyakinan rakyat terhadap amalan korup apabila beliau enggan untuk menyaman Ahmad Lutfi. Sedangkan beliau telah dicabar. Benarlah ungkapan "Berani kerana benar takut kerana salah."

5. Degupan jantung Khir Toyo hari ini semakin kencang terutama bila mengenangkan akan tibanya hari berlangsungnya Sidang DUN tidak lama lagi. Persoalannya adakan Khir akan mengambil sikap baculnya dengan mengurangkan korum di Dewan nanti? Sama-samalah kita tunggu dan lihat hari-hari terakhir seorang MB yang sedang nazak.

Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab rakyat dan parti pembangkang memberi sedikit ubat yang paling mujarab kepada Khir Toyo. Psikiatri sendiri tidak mampu mengubati Khir Toyo. Kerana ada satu ubat yang dapat menandingi kepakaran seorang psikiatri.

Ubat yang mujarab itu ialah dengan menyingkirkan Khir Toyo sebagai MB dan menggantikan pemerintahan BN kepada BA. T A K B I R ! ! !

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net