Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Masih Ada Jalannya Untuk Singkirkan Khir Toyo
 


Oleh TIONGSAKTI


Melihatkan isu rasuah Khir Toyo, walaupun dikuatkan dengan bermacam2 bukti, termasuk salinan pembayaran, pelan tapak tanah, minit mesyuarat Exco dan data-data terkini daripada JKR, tetapi majoriti rakyat masih menganggap ia perkara biasa. Saya terkedu dan hairan dengan sikap pasof ini.

Kata mereka, adatlah bagi orang yang berkuasa: “ada kuasa , ada rasuah”.

Ada pula yang menyifatkan tindakan Khir melakukan rasuah dan salahguna kuasa itu selari dengan kedudukannya sebagai menteri besar Umno. Bukankah Umno itu hidup dengan amalan rasuah, membeli sokongan dan undi? Maka, rasuah Khir tidak dianggap isu besar, walaupun Lutfi lima enam kali naik turun pejabat BPR buat aduan rasmi.

Soalnya, apakaha yang tidak kena sehingga rakyat tidak menganggap jijik perbuatan makan suap ini?

Saya pernah membaca dalam laman tranungkite ini perihal orang kita yang hanya menganggap skandal seks (seperti terjadi kepada Abu hassan Omar dan Rahim Tamby Chik) itu perlu ditolak, dan mana2 pemimpin yang melakukannya mesti ditendang keluar.

Tapi bagi yang rasuah macam Khir Toyo ini, walaupun tak sampai setahun jadi MB macam2 yang dikebasnya, orang ramai spt tidak ambil peduli. Maka bebaslah Khir terus menerus menggunakan kuasanya menekan pegawai2 kerajaan spt Pengarah JKR Selangor, Pengarah Jabatan Bekalan Air dan Pengurus Besar PKNS misalnya untuk mengaut keuntungan bagi pihak dirinya, kroni dan kelompoknya.

Bukan orang tak percaya yang Khir itu perasuah hebat tapi orang anggap itu perkara biasa. Berbuih mulut penceramah dan lenguh kakitangan Lutfi bercakap soal Khir, tapi tekanan untuknya berundur hanya berlegar di sekitar pembangkang. Rakyat biasa memendam rasa. Mereka seperti tidak tahu bahawa rasuah yang dilakukan oleh Khir itu boleh menjahanamkan negeri ini.

Bayangkan untuk pasang paip air yang kosnya lebihkurang RM30 juta, Khir sudah naikkan sampai RM83 juta. Mana pergi RM50 juta lagi kalau tak masuk kocek Khir dan kawan rakannya. Projek jalan di Sekinchan sepatutnya RM50 juta, Khir tingkatkan jadi RM92.5 juta; lebih RM40 juta masuk ke kantung Khir, Pua Kim An dan kawan2nnya. Meram Holding yang dah disenaraihitamkan itu pun sudah tutup kedai.

Oleh itu, saya fikir patut diadakan satu diskusi khas bagaimana kempen rasuah harus dilancarkan bagi mendapat sambutan rakyat. Penerangan tentang keburukan rasuah dan kesan buruk kepada negara mesti diatur segera.

Dan lebih berkesan lagi ialah kita mesti pastikan sesiapa saja pemimpin yang rasuah, macam Khir Toyo mesti dijatuhkan. Rakyat harus gunakan kuasa mereka untuk mengajar mana2 pemimpin yang pecah amanah dan kepercayaan rakyat, macam Toyo. Kita tidak boleh menunggu sampai pilihan raya, yang mana PM akan gantikan Khir dengan orang lain. Ini bermakna PM yang tak mahu Khir bukan rakyat.

Bagi saya, kita mahu ajar pemimpin sombong dan kemaruk kuasa macam Khir, bahawa rakyat akan menolak kamu. Rakyat tidak akan biarkan kamu untuk terus menerus membolot segala kekayaan selangor untuk diri dan kaum kerabat kamu. Kuasa Rakyat mesti dibuktikan.

Tidak pula saya menggesa agar kita keluar tunjuk perasaan depan rumah khir, tidak. Yang penting, lakukan sedaya mungkin menurut kemampuan masing-masing. Hantar surat bantahan kepada BPR dan juga Pejabat khir sendiri. Buat report polis beramai2. Tulis surat kepada PM dan juga Speaker Dewan Negeri Selangor, minta sidang khas untuk adili kes Khir Toyo ini.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net