Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Hassan Ali Mesti Berjaga-jaga Dalam Sidang DUN Nanti Dan PM Sendiri Ada Hantar Wakil Peribadinya Untuk Tinjau Keadaan
 


Oleh PENGUNJUNG FORUM GERAK REFORMASI


Penjilat dan pencacai Khir Toyo -- yang meleleh air liur kerana harapkan duit rasuah MB itu -- tak tidur malam fikirkan macamana jalannya untuk halang Ketua Pembangkang DUN Selangor, Hassan Ali dari menimbulkan kes perasuah terhebat, anak Toyo.

Mereka berhempas-pulas cari bahan-bahan lama, yang boleh kaitkan Hassan Ali, dengan menjadikan isu dalam persidangan DUN yang bermula 30 Mac ini tertumpu kepada kes-kes peribadi Naib Presiden PAS itu.

Dalam sidang 30 Oktober lalu, Khir tuduh Hassan Ali meneroka tanah haram dan menjual tanah yang diperuntukkan kepadanya untuk kem motivasi. Bagaimanapun Hassan Ali yang berpengalaman dalam menangkis tohmahan buruk BN itu tidak terperangkap dengan jerat usang budak-budak Khir di DUN.

Penjilat dan pencacai Toyo juga mengambil sikap berhati-hati dengan apa yang bakal dilakukan Ahmad Lutfi, selepas penulis popular itu tidak lagi menerbitkan siri akhbar Memonya. Khir memberitahu pencacainya, dia tak percaya Lutfi akan duduk diam saja menunggu sidang DUN itu. Banyak teka-teki tentang strategi Lutfi untuk timbulkan kontroversi baru ini.

Oleh itu, saya harap Dr Hassan Ali dan kawan2nnya, misalnya Teng Chang Khim dan Azmin Ali tidak kecundang kali ini. mesti difikirkan apakah kaedah terbaik untuk meletakkan Khir dalam keadaan mempertahankan diri.

Saya setuju dengan cadangan beberapa isu penting yang mesti dijadikan agenda penting ucapan Hassan Ali dalam persidangan itu. Tapi saya fikir Hassan Ali mesti bijak mengawal keadaan. kalau tak dapat dibahaskan dalam DUN, Hassan Ali mesti menimbulkan hal ini dengan wartawan2 di luar Dewan, dengan fakta2 kukuh dan bukti konkrit.

Saya cuma ingin mengingatkan Hassan Ali dan Lutfi bahawa tugas anda sekalian semakin berat dan sukar. Tapi spt kita tahu, Khir perasuah itu boleh merancang dan mencurahkan jutaan ringgit, sedangkan perancangan Allahlah yang bakal menentukan segala2nya.

Saya juga mencadangkan agar tiga lagi ADUN PAS, terutama Ustaz Ismail Kamus yang selama ini agak pendiam di Dewan, harus bercakap, terutama dari soal hukum-hakam kes rasuah ini. Sallehen Mukhyi dan Dr Shafie Abu Bakar pun saya rasa mempunyai hujah kuat untuk memeriahkan sidang DUN ini.

Utk pengetahuan Dr Hassan Ali, sidang ini pasti mendapat perhatian istimewa, dan Khir akan bersusahpayah menggagalkan usaha pembangkang kerana difahamkan PM sendiri akan menghantar wakil peribadinya untuk mengetahui perkembangan sebenar di DUN nanti.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net