Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Mengapa Perlu Laporan BPR Khir Dihantar Kepada PM ?
 



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaffar kesal jika benar laporan menyatakan Badan Pencegah Rasuah harus menghantar hasil siasatannya ke atas dakwaan rasuah Menteri Besar Selangor kepada Perdana Menteri terlebih dahulu, sebelum apa-apa tindakan lanjut diambil.

“Mengapa BPR perlu mengemukakan laporan siasatan mereka kepada Perdana Menteri sedangkan badan itu telah diberi mandat sepenuhnya oleh Parlimen untuk menguruskan sebarang langkah awal bagi menyiapkan butiran pendakwaan terhadap individu yang terbabit dengan amalan rasuah,” katanya.

Seharusnya, kata Kamaruddin, yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, BPR dengan segala bukti yang diperolehinya terus menghantar cadangan kepada Jabatan Peguam Negara bagi memulakan tindakan pendakwaan di mahkamah, dan tidak perlu langsung merujuknya kepada Perdana Menteri.

“Kes ini yang menjadi perhatian umum patut disegerakan. Kalau tak ada kes, umumkan saja. Sikap membisu BPR hanya menimbulkan banyak tandatanya,” tegasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber yang mengaku rapat dengan BPR Putrajaya mendakwa laporan kedua telahpun dihantar kepada Dr Mahathir Mohamad, sebelum beliau bertolak ke Rusia baru-baru ini.

Ditanya benarkah desas-desus mengatakan BPR Putrajaya terpaksa membentuk pasukan penyiasat sendiri selepas tidak berpuas hati dengan siasatan BPR Shah Alam, sumber itu mengesahkannya.

Dalam laporan kedua, yang sebenarnya diminta sendiri oleh Perdana Menteri, dakwaan rasuah Khir didapati ada asas kukuh untuk menyabitkannya dengan kesalahan rasuah.

Bagaimanapun sumber itu menegaskan, soal sama ada Khir mengamalkan rasuah atau tidak, ia langsung tak berbangkit. Memang sah Khir berbuat demikian. Isunya sekarang, apakah bentuk tindakan yang wajar diambil PM. Apakah dengan menyingkirkannya, atau menjadikan Khir seperti lembu dicucuk hidung atau menunggu sehingga pilihan raya akan datang bila Khir akan digugurkan sebagai calon BN di peringkat negeri?

"PM tidak suka melakukan sesuatu atas desakan. Jika dia memecat Khir, nampak yang menang nanti ialah Ahmad Lutfi dan pembangkang, terutama Dr Hassan Ali. Tapi dengan membiarkannya terus menjadi MB, mungkin tekanan pembangkang ke atas BN Selangor semakin kuat," jelas sumber itu lagi.

Dalam pada itu, Khir terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai MB Selangor apabila dikatakan pihak istana tidak langsung berhasrat untuk menukar menteri besar.

"Sultan Selangor selesa dengan Khir, jadi tak perlu beliau ditukar," kata sumber yang dekat dengan Umno Selangor. "Bagaimanapun baginda bimbang jika ia akan menyebabkan Umno tidak lagi menjadi tonggak pemerintahan kerajaan selepas pilihan raya nanti."

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net