Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Khir Beli Iklan Utusan Malaysia Hampir RM200,000
Untuk Pertahan Diri Dari Tuduhan Rasuah!
 



Oleh BEKAS WARTAWAN UTUSAN

Juak-juak dan pencacai Khir Toyo kini menyembunyikan rasa debar dan risau dengan nasib masa depan boss mereka bila mendakwa budak kemaruk kuasa itu (MB Selangor) dalam keadaan selamat dan stabil. Masakan tidak, PM selepas mendapat laporan pertama siasatan BPR telah meminta report kedua. Memang Mahathir belum buat apa-apa respons tetapi Khir bagaikan terkapar kelemasan, cuba mencari apa saja dahan untuk memaut dari terus hanyut.

Untuk mempotretkan imejnya sebagai MB yang prihatin dengan nasib rakyat bawahan, selepas dituduh mengamalkan rasuah memberikan tanah, projek dan balak kepada kroninya, Khir menggunakan wang rakyat untuk membeli iklan penuh warna-warni daripada akhbar utama. Kadar iklan Utusan semuka penuh warna ialah RM31,546. Ini bermakna kalau dua kali dengan dua muka penuh, sudah mencecah RM126,184.

Setakat ini sudah dua kali Khir membeli iklan Utusan Malaysia, dua muka tengah warna-warni, menunjukkan imejnya sebagai MB yang prihatin dengan memberikan geran tanah kepada mereka yang sudah puluhan tahun memohon. Ia sebenarnya bertujuan untuk menangkis serangan pembangkang dan aktivis media, Ahmad Lutfi Othman yang mendakwa, dengan segala butiran dan fakta kes, bahawa Khir sebenarnya mengutamakan golongan korporat, kaum kerabat dan kontraktor kroni.

Tidak cukup dengan propaganda murahan itu, Khir sekali lagi akan membeli iklan Utusan Malaysia, juga sekurang-kurangnya dua muka, iaitu bernilai RM63,092. Hoi, banyaknya duit rakyat Selangor yang dibazirkan oleh bapak rasuah ini, Khir Toyo. Khir sewajarnya ditegah daripada menggunakan wang rakyat hanya untuk kepentingan dirinya sendiri. Malulah sikit dengan menteri besar lain, yang tak pernah pun ambil iklan untuk mempromosikan diri sendiri, setelah teruk dibelasah kerana isu rasuah. Sudahlah Khir, lawanlah secara anak jantan, jangan gunakan wang rakyat untuk membentengi diri sendiri.
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net