Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Cara Baru Khir ''Rompak'' Kekayaan Selangor
 


Oleh Putera Prihatin


MB Selangor, Khir Toyo rupanya tak pernah insaf selepas didedahkan segala butiran rasuah terhadapnya. Bayangkan, langkah awalnya selepas Lutfi bongkarkan penyelewengan busuknya mengkhianati amanah rakyat Selangor ialah dengan mengarahkan polis merampas semua naskhah akhbar Memo14, belumpun akhbar itu berada di pasaran.

Kedua, dan sampai sekarang itulah yang dilakukannya, bersama penasihat kenannya, Dr Karim Mansor, iaitu terus memunggah segala kekayaan negeri untuk diri dan suku-sakatnya. Khir dan Karim terus berleluasa merampok harta warisan Selangor, tanpa sedikitpun merasa bahawa itu adalah tindakan terkutuk.

Ketiga, Khir Toyo terus-terusan, menggunakan apa saja yang ada, kuasa dan pengaruh, untuk mencari siapa sebenarnya yang mendedahkan maklumat kepada Lutfi. Macam-macam pihak yang diugutnya. Tanyalah kepada pegawai-pegawai di JKR Selangor bilamana mereka tidak dibenarkan bercakap tentang projek di bawah seliaan masing-masing, walaupun dengan isteri atau suami.

Dan bila didedahkan bagaimana Khir langsung tidak percayakan anggota Exconya sehingga segala kertas yang dibincangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan negeri tidak dibenarkan dibawa keluar, maka saya setuju sekali dengan ungkapan bahawa gaya pemerintahannya lebih buruk dan teruk daripada stail mesyuarat parti komunis. Bayangkan, macamana pentadbiran kerajaan nak efisyen bilamana hanya MB saja berkuasa mutlak, yang lain hanya mengangguk.

Maka Exco yang dicucuk hidung itu pun jadi macam orang bodoh, sedangkan mereka adalah veteran Umno, tapi kini diperlakukan sebegitu rupa oleh budak muda yang kemaruk kuasa. Rasanya eloklah kamu exco-exco lama tu letak jawatan saja. Apabila Khir Toyo dah tak percayakan kamu, tunggu apa lagi, lagipun Khir sekarang dah jadi Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.

Tapi yang lebih buruk dari itu ialah Khir dan Karim tidak henti-henti menganggu Pengarah JKR Selangor, dengan surat-surat yang mengarahkan agar projek tertentu diberikan kepada orang tertentu, yakni kroninya. Peluang orang lain tertutup. Pengarah JKR itu tak lebih dari menjadi khadam Khir saja.

Dan bila dirasakan maklumat tentang projek-projek di bawah JKR mungkin lebih mudah didedahkan kepada pembangkang, maka Khir kini lebih menumpukan 'rompakan berlesennya' kepada Majlis-majlis perbandaran. JKR adalah agensi persekutuan, jadi kadang-kadang agak susah juga Khir nak main jarum di sini, tapi kalau dengan majlis perbandaran, semuanya bisa diatur.

Satu kaedah yang dipakai untuk memenuhkan kocek Khir dan Karim serta segala sekutunya ialah dengan menyerahkan projek kepada kontraktor yang telah dikenalpasti secara rundingan terus, dan kos sebenar projek kemudiannya ditingkatkan sebanyak 40%, di mana lebihan kos ini adalah peruntukan khusus untuk Khir dan Karim tadi.

Misalnya satu projek membina jalan memakan belanja RM5 juta. Maka sekumpulan pencacai Umno akan mencari kontraktor yang dikira ada wang tunai yang mencukupi. Buktinya mesti disertakan dengan penyata bank terbaru.

Bagi projek RM5 juta, nilainya akan ditingkatkan menjadi RM7 juta, dan kontraktor itu harus menunjukkan bukti yang dia mampu membayar pendahulan sebanyak RM1 juta. Wang sejuta ini akan dibayar oleh kontraktor sebaik saja suratsetuju terima tender ditandatangani.

Dan apabila selesai kerja, pencacai Umno tadi akan bertungkus lumus mendapatkan bayaran dari majlis perbandaran dengan kadar segera, kontyraktor tak perlu risau. Dapat saja bayaran, maka baki sejuta ringgit lagi akan bertukar tangan.

Bayaran untuk pencacai tadi, lain pula kira bicaranya. Untuk projek ini, sekurang-kurangnya RM200,000 mesti diserahkan. Tapi bagi kontraktor tadi, ia tidak jadi hal. Ini kerana dengan nilai projek RM5 juta yang diperolehinya, dia sudah dapat untung bersih hampir RM2-3 juta. Apa lagi mahu?

Soalnya, yang rugi adalah rakyat, yang terus merempat adalah rakyat. Selangor yang kaya raya menjadi hak milik kroni Khir dan Karim, bertukar tangan daripada kroni Hassan Omar dan sebelum itu kroni Mat Taib.



 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net