Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Isu-Isu Yang Perlu Ditimbulkan Oleh Hassan Ali Dalam Sidang DUN Selangor
 


Oleh ORANG DALAM SUK

Sidang DUN Selangor minggu depan sepatutnya digunakan dengan cukup baik oleh keenam-enam anggota pembangkang, yang diketuai Dr Hassan Ali, untuk memberi pukulan maut kepada BN pimpinan Khor Toyo.


Kalau dulu, segala hujah yang dikemukakan Hassan Ali, Teng Chang Khim dan Azmin Ali ditolak dengan daleh bodoh Khir Toyo, sekarang adalah peluang untuk pemimpin2 pembangkang itu, bukan saja mempertikai jawapan yang diberikan Khir dulu, tetapi menimbulkan banyak lagi isu baru, terutama kes-kes rasuah Khir yang pada waktu sidang dulu (bermula 29 Oktober 2001) belum dibangkitkan.

sebab itu pihak SUK sengaja melambat-lambatkan pengedaran Penyata Sidang DUN Selangor kepada ahli-ahli dewan. Menurut pengawai yang bertanggungjawab dengan hal itu, penyata sidang telahpun dihantar kepada Khir tidak berapa lama selepas selesai transkrip dibuat. Khir mengambil masa yang lama untuk menyemak penyata itu kerana banyak isu sensitif di dalamnya.

Soalnya, mengapa pula perlu dirujuk kepada Khir, apa kena mengenanya? Apakah Khir nak ubah isi perbahasan sidang? Harap Dr Hassan menyemak laporan itu dengan hati-hati.

Pegawai BPR sendiri tak puas hati kerana mereka tak dapat membaca laporan rasmi penyata itu semasa membuat siasatan.

Penjelasan khir tentang pemilihan Meram Holdings dalam projek jalan termahal di Sekinchan hendaklah disanggah semula. Bila ditinjau di pejabatnya, kegiatan Meram sekarang sudah lumpuh. Tak ada tanda-tanda yang Meram sedang menjalankan projek besar. Manakan tidak, segalanya diserahkan semuanya kepada geng Pua Kim An, pemilik Cabaran Wangsa.

Dr Hassan juga perlu persoalkan, mengapa pula Pegawai Daerah Kuala Langat, yang anaknya berumur 20 tahun yang mendapat tanah perlu bersara awal ekoran tekanan selepas didedahkan maklumat itu, sedangkan Khir Toyo tetap bersenang-lenang, cuci tangan. Sepatutnya Khir yang bertanggungjawab.

Dalam isu laporan siasatan BPR yang terpaksa dibuat oleh team penyiasat Ibu Pejabat BPR di Putrajaya, timbul lagi soalan. Mengapa pula laporan BPR Selangor yang mengendalikan kes ini ditolak kerana nampak ada usaha mahu melindungi Khir Toyo. Apakah benar Khir Toyo cuba menganggu secara halus proses siasatan terhadapnya?

Isu tanah tapak banglo di seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi juga mesti ditimbulkan. Khir memang berbohong dalam sidang DUN yang lalu. Memang benar Lutfi tuduh Khir dapat tanah di Shah Alam, tetapi sebenarnya tanah itu berada di Bangi. Tapi yang Khir jawab ialah persoalan tanah di Bangi itulah. Hassan Ali boleh bertanyakan, apakah benar Khir juga ditawarkan lagi tanah murah oleh PKNS di Shah Alam, selain Bangi.

Kes paip air di Semenyih hingga Banting adalah isu terbesar yang mesti dipersoalkan oleh Hassan. Begitu juga dengan kes tanah balak yang diberikan kepada Fungsi Mewah Sdn Bhd, milik Pua Kim Seng. Jelas Jabatan Perhutanan tidak bersetuju kawasan tadahan hujan itu diambil balak, tapi Khir berkeras juga. Dan syarikat ini sebenarnya tidak ada pun dalam senarai syarikat yang memohon tanah itu.

Lebih besar dari itu ialah bagaimana Khir dan karim terus menerus menganggu kerja-kerja Pengarah JKR Selangor, Rashid Yusof, dengan mengarahkan Rashid memberikan kontrak kepada kroninya. Kes-kes detail boleh dilampirkan, hinggakan nama yang dicadangkan oleh PM pun boleh ditolak kerana mendahulukan kroni Khir.

Jumpa lagi ...
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net