Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Rais Yatim Cadangkan Kepada PM Agar Khir Dikekalkan?
 


Oleh PEMERHATI DALAMAN UMNO

Setelah disahkan bahawa dua laporan penyiasatan terhadap dakwaan rasuah Khir Toyo, Menteri Besar Selangor telah disiapkan dan diserahkan kepada Perdana Menteri, timbul persoalan menarik, apakah nasib Khir selepas ini?


Memang Ibu Pejabat BPR Putrajaya mengesahkan ada fakta kes untuk membawa Khir ke mahkamah (selepas laporan BPR Selangor ditolak kerana cuba menyembunyikan kes rasuah Khir), tetapi apakah logik dan munasabah untuk kita mengharapkan perasuah jijik Khir Toyo ini akan dihadapkan ke mahkamah dan kemudiannya dihukum setimpal dengan kesalahannya menyamun dan merompak hak rakyat itu?

Tentulah bodoh dan dungu sekali kalau kita mengharapkan Mahathir akan membawa Khir ke mahkamah. Khir bukan macam Anwar, yang akan bertindak menentangnya. Khir adalah budak hingusan yang kemaruk kuasa bila dilantik MB.

Segala khazanah kekayaan Selangor mahu dilicinkannya dalam masa singkat, tak kira sama ada projek pembangunan (spt projek membina jalan termahal di Sekinchan dan Sungai Panjang), tanah (seperti diluluskan berulang kali kepada kroninya, misalnya Abd Rahman Mokhtar, Tarmizi Tejeury, keluarga Pua dan banyak lagi, serta budak2 20 tahun itu), balak (spt Pua Kim Seng dapat balak 1,200 ekar di Kompatmen 78 Hutan Simpan Hulu Langat, walaupun syarikat Fungsi Mewah tidak memohon balak tersebut) ataupun bekalkan peralatan kepada JBA (spt syarikat LBH Engineering dan JAKS Sdn Bhd milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, Jamian) dan banyak lagi, termasuk tapak banglo PKNS di Seksyen 2andar baru Bangi.

Menurut sumber, PM memberikan kuasa kepada Datuk Rais Yatim untuk mengawalselia kes siasatan Khir Toyo ini.

Malangnya ada pihak mendakwa Rais pun mahu dirasuahkan oleh Khir bagi memastikan report BPR yang menyesakkan nafas Khir tidak sampai kepada PM.

Sebagai menteri yang menjaga BPR, Rais sepatutnya memberikan nasihat yang betul kepada PM. Soalnya, apa pula pertimbangan Rais Yatim. Rais pun nak mendaki tangga yang lebih tinggi dalam politik, dan jika Khir boleh membantunya, "kan segalanya bisa diatur".

Tokoh seperti Rais langsung tidak boleh diharapkan untuk membawa keadilan kepada masyarakat. Rais adalah lambang seorang politikus yang opurtunis yang sanggup melakukan apa saja -- selepas membakar jambatananya dengan Mahathir pada 1987 dulu -- demi mengharapkan kenaikan pangkat daripada bosnnya, PM.

Bukankah Khir adalah pilihan Mahathir, dan Rais tentunya akan menasihatkan PM supaya menjaga baik-baik Khir dan mengekalkannya sebagai MB Selangor. Persetankan dengan segala kempem pembangkang dan aduan Lutfi selama ini, akhirnya isu ini akan senyap dan Khir pasti terhutang budi dengan Rais. Bukankah ini yang ditunggu Rais Yatim?

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net