Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Fadzil Noor Kesal BPR Diamkan Kes Rasuah Khir Toyo
 



KUALA LUMPUR: Presiden PAS yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, Dato’ Fadzil Mohd Noor melahirkan rasa kesal di atas sikap Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang hanya berani bertindak ke atas ‘ikan-ikan bilis’ seperti konstabel polis tetapi melepaskan tokoh-tokoh kenamaan kerajaan yang disyakki terbabit dengan amalan rasuah dan salahguna kuasa.

Ustaz Fadzil yang juga Ahli Parlimen Pendang menyebutkan contoh bagaimana beberapa aduan rasmi yang dibuat oleh aktivis media, Ahmad Lutfi Othman ke atas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, seperti tidak dihiraukan langsung.

Sehingga kini, belum ada penjelasan ataupun sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh BPR, sama ada daripada BPR Selangor yang menyiasat kes ini ataupun Ibu Pejabat BPR di Putrajaya yang menerima laporan awal daripada Lutfi.

Khir yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor didakwa melakukan pelbagai amalan rasuah, daripada projek membina jalan di Sekinchan dan Sungai Panjang, meluluskan permohonan tanah kepada empat syarikat berbeza yang dimiliki oleh orang yang sama, meluluskan tanah kepada empat anak muda berumur 20 tahun, mengagihkan kawasan balak kepada kenalan rapatnya, meluluskan projek membekal dan memasang paip air di Semenyih dengan harga yang cukup mahal dan tidak munasabah.

Selain itu Khir yang juga Pengerusi PKNS, didakwa menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk mendapatkan tapak banglo di Seksyen 2 Tambahan Bandar Baru Bangi daripada PKNS.

Ustaz Fadzil berkata demikian ketika menyampaikan perbahasan dalam sidang Parlimen, 13 Mac.

Dalam pada itu banyak pihak menggesa agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Rais Yatim menjelaskan apakah benar maklumat yang mendedahkan bahawa sememangnya BPR telahpun menghantar laporan penyiasatan kes rasuah Khir Toyo kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir, lebih sebulan lalu.

Dilaporkan hasil siasatan itu menunjukkan ada asas kukuh bahawa Khir terbabit dengan rasuah dan amalan korupsi, yang membolehkan dia didakwa di mahkamah. Bagaimanapun ramai percaya, kalaupun PM akan mengambil tindakan, ia lebih bersifat tindakan politik.

“Rais, sebagai menteri yang mengawal selia BPR harus tampil ke muka membuat penjelasan bagi menjernihkan kekeliruan yang ada. Jika tidak, ramai akan terus beranggapan bahawa bukannya BPR yang tidak menjalankan kerja tetapi Perdana Menteri yang tidak mengambil tindakan sewajarnya kepada Khir,” kata seorang bekas kakitangan BPR yang memilih untuk bersara awal.

Imej BPR pada kacamata umum sudah begitu terjejas, lama sebelum Ahmad Lutfi membuat aduan mengenai rasuah Khir Toyo.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net