Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Mengapa Khir Toyo Perlu Jawab Isu Reban Ayam Tapi Tinggalkan Semua Dakwaan Rasuah Lain
 


Oleh KULA'AN

Tiada gempa bumi melebihi 7 Ritcher. Tiada topan Tornado. Tiada ribut puting beliung. Tiada hujan mencurah bumi. Tetapi rumah di Sungai Burung milik Haji Toyo berantakan. Tiang dan lantai terpelanting jauh. Atap dan siling terbang melayang.

Tiba-tiba Utusan Malaysia keluaran 11 Mac 2002 melaporkan "Dr Khir kesal bapa dituduh bina reban ayam bernilai RM100,00.00."

Mengikut dongengan Khir Toyo bahawa dakwaan Hj. Toyo, bapa Khir membina reban ayam RM100,000.00 melalui internet adalah fitnah pembangkang.

Puas dicari laman-laman popular milik penyokong reformasi seperti Laman Reformasi, Webreformis, Tranung Kite, Detik Daily, FAC tapi tak terjumpa pun dongeng Khir Toyo berkaitan pembinaan reban ayam bapanya, HjToyo.

Setelah dikaji dan disiasat, sah tiada ribut dan tiada topan. Yang ada hanyalah angin sepoi-sepoi bahasa. Rupa-rupanya Dr Khir Toyo memetik dongeng bina reban ayam Hj. Toyo dari laman-laman nyamuk ciptaan Umno. Kasihan sungguh Dr Khir Toyo.

Menurut Tepak Bersulam, Khir Toyo adalah seorang Menteri Besar Selangor yang berwibawa, berwawasan dan berbagai-bagai lagi istilah yang hebat-hebat belaka lagi, tetapi dari segi jawapannya itu, sangat emosi dan mudah terpanggil untuk menjawab dongeng reban ayam berharga RM100,000.00, yang sebenarnya disebarkan oleh laman picisan ciptaan Umno sendiri.

Sungguh aneh dan pelik sekali. Dr Khir Toyo pantas menjawab dan menafikan cerita reban ayam bapanya, Hj. Toyo bernilai RM100,000.00. Itu fitnah belaka, kata Dr Khir Toyo dalam majlis perasmian mesyuarat Cawangan Umno Parit 9 Baruh, Sekincan.

Gegap gempita dan bertepuk sakanlah agaknya pencacai-pencacai Umno haprak dalam majlis tersebut. Khir Toyo membuat serkap jarang dengan menuduh pembangkang, khususnya PAS, sebagai penyebar fitnah.

Khir Toyo begitu peka dengan harga reban ayam RM100,000.00 tetapi ia "buta, pekak lagi bahlol" terhadap tuduhan-tuduhan bersama bukti yang disiarkan dan diucapkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Sedangkan Khir Toyo tidak pernah menafikan tuduhan rasuah memberi projek jalan, projek memasang dan membekal paip air, pemberian tanah kepada kroni, bayar hutang dan bina rumah serta pengagihan telur ayam serta bayar hutang ASB.

Berulang kali pihak pembangkang khususnya Naib Presiden PAS yang juga Ketua Pembangkang di DUN Selangor, Dato’Hasan Ali dan ADUN Selangor, Ustaz Salihin meminta Dr Khir Toyo menafikan tuduhan tersebut jika tidak benar.

Berulang kali Ahmad Lutfi membuat laporan Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan skandal rasuah dan salah guna kuasa Menteri Besar, Khir Toyo tetapi Khir Toyo masih membisu. Tersebar luas VCD Skandal Rasuah Khir Toyo tetapi Khir Toyo tidak berani mendakwa Lutfi sebagai pengeluar VCD sekiranya VCD itu fitnah.

Apa perlunya Khir Toyo menafikan reban ceria ayam bernilai RM100,000.00 tetapi cerita lebih buruk, yange mempunyai fakta kes dan telahpun dilaporkan kepada BPR, terhadap Khir Toyo tidak dinafikan.

Berikut adalah senarai skandal rasuah Khir Toyo yang memerlukan penjelasan atau penafian Khir Toyo. Berani kerana benar, takut kerana salah.

1. Projek Jalan Sekincan ke Sg. Dorani, sepanjang 20km bernilai RM92.5 juta.

2. Projek Jalan Sg. Dorani ke Sg. Panjang, sepanjang 9km bernilai RM32.5 juta.

3. Projek Jalan di Sg. Besar (yang diberikan kepada Dato’ Aini Taib) bernilai RM40 juta.

4. Projek paip air dari Semenyih ke Pekan Banting bernilai RM82 juta sejauh 37km.

5. Pemberian ratusan ekar tanah kepada kroni dan kenalan rapat Dr Khir, seperti Dr Azizan Mohamad, Ahmad Tarmizi, anak Pegawai Derah Kuala Langat dan ramai lagi di Shah Alam dan Kuala Langat.

6. Memberikan telur ayam, ayam dan beg sekolah lebih RM100,000.00.

7. Membina rumah di Simpang Lima, Sg. Besar, dan rumah bapanya Hj. Toyo di Sg. Burung bernilai melebihi RM500,000.00

8. Membayar hutang rumahnya di Kajang kepada BBMB Kajang sebanyak RM150,000.00 hanya selepas lima bulan menjadi Menteri Besar.

9. Membayar hutang ASB sekali gus melebihi RM96,000.00 sebelum Ogos 2000 dengan no akaun 412035918579

10. Melantik Hj. Jamian Mohamad, Naib Ketua Bahagian Tg. Karang sebagai pengutip tunggakan hutang rumah-rumah kerajaan.

Sesungguhnya maklumat skandal Khir Toyo yang berjela-jela bukannya dari parti pembangkang. Semuanya itu berpunca daripada pemimpin Umno sendiri. Merekalah yang memberikan kepada pihak pembangkang sama ada secara langsung atau melalui pos.

Musuh Dr Khir Toyo bukan hanya terdiri daripada Sharif Jajang, Dr. Zainal Abidin Ahmad, Mokhtar Dahalan tetapi ramai lagi. Antara musuh utama Khir Toyo tidak lain dan tidak bukan adalah Timbalan Ketua Umno Bahagian Tg. Karang, Noh Omar, Ahli Parlimen Tg. Karang yang juga Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri.

Noh Omar memang bercita-cita besar. Dia sangat suka jika Khir Toyo cepat meletakkan jawatan atau dipecat dari jawatan MB. Dia sangat berterima kasih kepada pembangkang yang menyebarkan skandal Khir Toyo.

Jika Khir terpelanting dari jawatan MB, peluang Noh Omar mengetuai Bahagian Tanjong Karang sangat cerah. Cerita Noh Omar untuk menjadi Ketua Bahagian Tg. Karang boleh diperolehi melalui Kernaini Anuar, Hj. Shafie, S/U MDKS, Mardi Sulir dan Hj. Osman Ibrahim.

Khir Toyo adalah Ketua Umno Tg. Karang dan Menteri Besar Selangor. Dan Noh Omar pula Ketua Belia 4B Tg. Karang dan Timbalan Ketua Bahagian Tg. Karang. Mereka berdua ini sedang bersaing mencari pengaruh sama ada di peringkat Bahagian, Negeri mahu pun pusat.

Atas nama Kerajaan Negeri Selangor, Khir Toyo membuat program Maal Hijrah pada 14 dan 15 Mac 2002 di Masjid Tanjong Karang. Sultan Selangor akan bersama Menteri Besar di Tanjong Karang. Dan pada 16 Mac 2002 Noh Omar pula membuat program Belia 4 B di Tg. Karang. Noh akan menurunkan Ali Rustam dan Tajol Rosli dan kononnya akan membuat persembahan kompang dan Malaysia Book of Record.

Khir Toyo bagi telor dan lembu kepada pengundi, Noh Omar pula menggunakan wang Biro Tata Negara membawa penyokong ke Langkawi dan Medan. Khir Toyo menghantar kroni dan kerabat mengerjakan umrah, Noh Omar membawa penyokongnya membuat Umrah. Noh Omar kata ada 33 cawangan Umno baru, Khir Toyo pula resmikan cawangan yang tak mempunyai ahli. Khir Toyo gunakan kakitangan SUK ,Noh Omar pula gunakan guru dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk cari populariti.

Kesimpulannya, fitnah reban ayam Hj. Toyo berharga RM100,000.00 adalah berpunca dari Noh Omar, Ketua Belia 4B dan Timbalan Ketua Umno Tanjong Karang sendiri, bukannya pembangkang.



 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net