Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Lima Budak Hitam Di Sekeliling Khir Toyo
 


Oleh VETERAN UMNO

Isu rasuah Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo sudah dihebahkan di seluruh negeri ini. Baru-baru ini saya lihat, banyak risalah yang mendedahkan perangai buruk budak kemaruk kuasa ini disebarkan, terutama di masjid-masjid.

Bagi saya, kempen menelanjangkan amalan rasuah Khir patut digiatkan lagi. Lebih banyak risalah, ceramah dan majlis-majlis penerangan tentang rasuah Khir wajar diadakan. Tahniah kepada PAS Selangor yang mengambil insiatif segera dengan menganjurkan majlis gerakgempur isu ini di setiap kawasan Parlimen di Selangor.

Namun begitu, segala salahguna kuasa dan penyelewengan Khir ini seperti tidak diendahkan langsung oleh Dr Mahathir Mohamad. Saya bimbang Badan Pencegah Rasuah juga telah dirasuahkan oleh Khir bagi menutup mulut mereka. Benar sekali, selangor adalah negeri malang yang menerima warisan MB yang tamak, rakus, korup dan langsung tidak berguna!

Harta dan kekayaan Selangor diagihkan seperti mengagihkan harta sendiri. Rakyat Selangor diperbodohkan bagai lembu dicucuk hidung. Tentangan Lutfi terhadap amalan jijik itu bagaikan anjing menyalak bukit.

Lihat saja bagaimana kontroversi 70 ekor lembu korban yang pada awalnya dikatakan milik peribadi Khir Toyo untuk disumbangkan kepada masjid-masjid di Selangor. Yang mendakwa lembu-lembu yang dirompak itu hak peribadi Khir bukan kita yang kata tetapi akhbar-akhbar milik Umno, seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Malay Mail yang tulis. Tapi bila dikira seekor paling kurang RM2,000 dan dikalikan dengan 140 ekor (yang mana 70 ekor yang dirompak itu kemudiannya diganti balik oleh Khir), maka harganya hampir RM300,000. Selepas laman Trabungkite mendedahkan hal ini, barulah Khir menarik balik bahawa lembu itu bukan lagi miliknya tetapi milik sebuah agensi kerajaan negeri, Khir cuma menyampaikannya. Tapi hal ini telahpun kita ramal pada peringkat awal lagi.

Dan saya kira perlu juga untuk diulang nama-nama kroni baru Dr Khir Toyo yang mendapat habuan lumayan kekayaan sertamerta dengan sekelip mata, selain perompak sebenar, Dr Karim Mansor. Ia menjelaskan bagaimana teruknya sistem dalam Umno, dibuangnya Mat Taib, ditukar Abu hassan Omar, dilantik orang muda Khir Toyo, tetapi semuanya pelesit, mengkhianati harapan anak bangsa bagi mentadbir sebuah negeri yang kaya-raya ini.

Kroni Orang Muda Dr. Khir Toyo

1. Jamil Ramli

Beliau ini merupakan "fund controller" untuk Dr. Khir. Wang panas di pegang oleh beliau untuk merasuah Pemuda dan Puteri Umno Tg. Karang.

Jamil ini telah mendapat habuan 10 ekar tanah di Bandar Baru Selayang yang dikongsi dengan YB Zaleha Ismail. Beliau juga orang yang membawa wang semasa lawatan ke Eropah dan bertemu dengan Dr. Khir di London untuk membeli motosikal berkuasa tinggi jenis BMW bernilai RM250,000.

2. Jasmanm Setiausaha Pemuda Tg. Karang

Orang kepercayaan Selamat Dolah, Setiusaha Sulit Dr. Khir. Telah mendapat habuan projek PKNS di Bangi bernilai RM45 juta. Beliau ini asalnya orang biasa sahaja tetapi sekarang telah hidup mewah. Dia juga adalah orang yang memegang segala wang sogokan kepada Selamat untuk disimpan.

3. Ramli Kasim

Orang kaya baru Tg. Karang. Mendapat projek JKR di Sabak Bernam bernilai RM30 juta. Beliau juga memainkan peranan mengatur pertemuan untuk dua projek jalan JKR yang dipertikaikan itu, iaitu Mata Seng, Ann dan Heng untuk berunding tentang habuan dengan Dr. Khir Toyo.

Ingat projek kontroversi bernilai RM92.5 juta dan RM32 juta di Sekinchan dan di Sungai Panjang. Khir mendapat habuan lumayan daripada projek termahal membina jalan di tengah bendang ini.

4. Saipul Bahari Dato' Saidin

Orang ini paling licik sekali kerana pura-pura tiada harta tetapi sebenarnya telah kaya raya. Baru sahaja membeli Mercedes S class bernilai RM800,000 secara tunai. Mendapat konsesi balak di Sepang seluas 300 ekar dan projek PKNS di Bandar Baru Batu Arang bernilai RM80 juta. Beliau ini anak kepada bekas Ahli Parlimen Tg. Karang. Keluarga beliau memang rapat dengan Dr. Khir sehinggakan perkahwinannya mendapat perhatian Dr. Khir.

5. Badrin Ismail

Dilantik menjadi Lembaga Pengarah PKPS semata-mata untuk menjaga kepentingan Dr. Khir dan abangnya Dato' Sumadi Ismail. Dato' Sumadi ini telah menaburkan wang kepada Khir semasa Pilihanraya 1999 dahulu, dan balasannya dilantik Badrin duduk di PKPS.

Inilah sebenarnya orang di belakang Khir yang diarahkan untuk mengumpul harta bagi pihak Khir sekiranya apa-apa berlaku kepada Dr. Khir. Pergerakan kumpulan ini sangat licik sehinggakan tidak di ketahui oleh orang Umno Tanjong Karang sendiri.

Adalah menjadi harapan agar cerita-cerota di belakang tabit ini disingkap untuk memberi gambaran sebenar kepada orang ramai. Bukti di atas boleh diperolehi. Tanyalah PKNS, Razani- Pengarah Hutan dan Hj. Ishak - DO Gombak yang lebih arif tentang mereka yang tersebut di atas.



 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net