Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Pas Yakin Tawan Kuala Selangor
 


KUALA SELANGOR – Pas Kuala Selangor terus menyusun seluruh jentera parti menjelang pilihanraya umum ke 11 yang dijangkakan akan diadakan menjelang Jun 2003.
Taklimat serta kursus sedang giat dijalankan di seluruh peringkat untuk memastikan semua jentera mahir dan bersedia bila-bila masa sahaja.

Yang Di Pertua Pas Kuala Selangor, Norman Toha menjelaskan, hal ini sudah disedari oleh Umno Bahagian menyebabkan mereka rasa gelisah lantas mula menyebarkan berita-berita angin kononnya ahli-ahli Pas (bekas Umno) mula kembali ke pangkal jalan akibat sudah hilang keyakinan kepada pembangkang.

“Bukan sekadar itu sahaja, malah saya telah didatangi oleh seseorang yang mempelawa untuk masuk Umno kononya untuk memartabatkan bangsa. Saya menjawab dengan selamba, Umno berada di zaman kehancuran manakala PAS berada di ambang kemenangan,’ ujarnya.

Menurut beliau, beberapa bulan lalu, ada khabar angin disebarkan mengatakan kononnya beliau dan Setiausaha KeADILan bahagian Kuala Selangor hendak masuk Umno atas alasan menghadiri jemputan hari raya anjuran JKKK Kg Sg Gulang-Gulang dan Kg Sepakat yang disertai sekali oleh Umno Cawangan.

“Apa yang berlaku sekarang ialah pertembungan sengit Daud Tarihep selaku Ketua Bahagian dan Hj Jahaya. Kepimpinan di peringkat cawangan ini yang akan menentukan Ketua Bahagian tahun depan,” katanya seperti dipetik oleh laman web Pas Selangor .

Berhubung dengan laporan akhbar dan Agendadaily yang menyebut 100 orang PAS menyertai Umno, beliau menegaskan,” kita akan menunggu siapa 100 orang PAS yang akan menyerahkan borang permohonan ahli Umno kepada Timbalan Perdana Menteri nanti. Adakah mereka benar-benar ahli PAS atau orang Umno yang mengisi borang Umno semula," katanya.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net