Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
JBAS Siasat Aduan Penghantar Air minta Upah
 


KUALA LUMPUR- Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS) akan mengambil tindakan tegas ke atas kakitangan sama ada dari JBAS atau kontraktor pembekal air yang meminta bayaran perkhidmatan daripada pengguna di Lembah Klang.
Pengarahnya Haji Che Mohamad Che Jusoh berkata perbuatan meminta wang perkhidmatan itu adalah salah dari segi undang-undang.

Katanya jabatan memandang berat perbuatan itu kerana ia menjejaskan imej jabatan di samping menghilangkan kepercayaan pengguna.

"Jika kita dapati aduan itu berasas dan ada bukti kukuh, kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit," katanya di sini.

JBAS juga tidak teragak-agak menamatkan kontrak pihak kontraktor berkenaan jika siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar harian tempatan baru-baru ini yang mendakwa terdapat petugas penghantar air ke kawasan mengalami gangguan air meminta bayaran daripada pengguna.

"Saya percaya perbuatan itu datangnya daripada lori-lori kecil yang disewa oleh JBAS berikutan aduan yang diterima mengatakan ia dari lori satu tangki."Bagaimanapun, kita akan meneruskan siasatan agar tindakan yang diambil kelak tidak menjejaskan mana-mana pihak," katanya.

Che Mohamad meminta orang ramai menghubungi Bahagian Aduan JBAS jika berdepan dengan penghantar air yang meminta bayaran.

Mereka perlu mencatat nombor lori yang menghantar bekalan air, masa dan nama penghantar terbabit.

Dengan adanya maklumat terperinci daripada pengadu, JBAS mudah menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mereka yang terbabit, katanya.

"Perbuatan meminta bayaran itu sudah keterlaluan dan jika ia benar-benar berlaku, mereka perlu menerima hukuman setimpal," katanya.
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net