Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Rasuah : Pembangkang Cadang Jawatankuasa Kira-Kira Awam
 
 

OLEH ROSLAN BIAN

KUALA LUMPUR- Barisan pembangkang di Selangor menyarankan supaya ditubuhkan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang bebas untuk melakukan penyiasatan terhadap amalan rasuah yang mereka dakwa sudah sampai ke tahap kritikal di negeri ini.

Dengan penyertaan orang awam dan Anggota Bukan Kerajaan (NGO), jawatankuasa berkenaan dicadangkan diketuai oleh pemimpin pembangkang.

Ketika mencadangkan perkara itu, Adun DAP Bandar Klang, Teng Chang Khim berkata, PAC adalah jalan terbaik untuk memastikan segala amalan rasuah yang kononnya membabitkan Menteri Besar, pemimpin politik serta pegawai kerajaan dapat disiasat dan didedahkan kepada orang ramai.

Beliau yang juga ketua Pemuda DAP membangkitkan perkara itu dalam Forum Ke Arah Selangor yang Bebas Rasuah anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) di sebuah hotel di ibu negara, semalam.

Selain Teng, ahli panel lain yang turut menyokong cadangannya itu adalah Datuk Dr Hassan Ali, Adun Sungai Burung juga pengerusi forum, Adun Sungai Besar, Sallehen Mukhyi, Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) R.Sivarasah serta aktivis media, Ahmad Lutfi Othman.

Forum satu setengah jam itu membincangkan mengenai kelemahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang dikatakan gagal bertindak terhadap mereka yang disyakki rasuah walaupun Akta Pencegah Rasuah 1997 memperuntukkan lebih kuasa kepada badan itu untuk mengambil tindakan terhadap perasuah tanpa mengira kedudukan dan pangkat.

Perkara lain dibangkitkan adalah dakwaan rasuah membabitkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo serta beberapa orang bekas menteri besar, pemimpin politik dan mereka yang dikatakan kroni menteri besar. Menurut R.Sivarasah, selama 15 tahun menjadi peguam, beliau banyak didedahkan mengenai amalam rasuah membabitkan pembesar negeri Selangor terutama berkaitan dengan pengambilan tanah tetapi hairan mengapa aduan kepada BPR hanya disimpan dalam fail sahaja.

Sallehen pula mendakwa amalan rasuah seperti roda yang tidak pernah berhenti di Selangor dan percaya jika perbuatan itu berterusan, penghujung amalan rasuah akan membawa kejatuhan bukan sahaja kepada pemimpin terbabit tetapi kerajaan.

Sementara Ahmad Lutfi yang menyokong penubuhan PAC diketuai pembangkang mahu BPR diberi kuasa untuk mendakwa terus pemimpin terbabit rasuah tanpa merujuk kepada Peguam Negara.

Dr Hassan pula yang menganggap rasuah di Selangor ditahap kritikal menggesa rakyat menolak pemimpin yang melakukan perbuatan itu dan menukar kerajaan melalui amalan demokrasi dalam pilihan raya akan datang.

Selain itu, forum juga mencadangkan supaya persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor disiarkan secara langsung sama ada melalui televisyen atau radio supaya rakyat boleh mendengar soalan dan jawaban yang dikemukan wakil rakyat masing-masing.



 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net