Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Kes Demam Denggi Bertambah Di Selangor
 
 

SHAH ALAM- Kes deman denggi di Selangor yang sebelum ini telahmeletakkan kerajaan negeri serta agensi terbabit dalam keadaan berjaga-jaga kini kian serius berikutan bertambahnya jumlah kes dalam masa seminggu sahaja.
Jika pada 9 Mac lalu jumlah kes adalah 823 tetapi kini ia telahmeningkat kepada 892 kes.

Keadaan tersebut amat membimbangkan kerana semua daerah terutama dibawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) didapati terus mencatatkan peningkatan kes.

Dari 10 hingga 16 Mac sahaja, terdapat 69 kes baru. Pada awalnya menjangkakan kes demam denggi di Selangor dapat dikawal dan jumlahnya menurun. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan telah diarahkan supaya mempertingkatkan pemeriksaan dari rumah ke rumah terutama melibatkan kawasan yang dikenal pasti ada kes demam denggi.

Kompaun yang dikeluarkan oleh PBT dan Jabatan Kesihatan kepada mereka yang didapati membiak nyamuk Aedes adalah maksimum iaitu RM500. Kawasan yang kerap berlaku pembiakan nyamuk Aedes ini antaranya ialah setinggan dan tapak projek.

Semua PBT diarahkan untuk membuka bilik gerakan mereka untuk memantau keadaan di bawah jagaan masing-masing. PBT juga diarah merancang program gotong-royong mulai sekarang selain ceramah, kempen serta pameran bagi menimbulkan kesedaran di kalangan orang ramai.
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net