Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
25 Pelatih Pusat Serenti Serendah Melarikan Diri
 


KUALA KUBU BHARU- Sebanyak 25 pelatih Pusat Serenti Serendah melarikan diri selepas berlaku satu pergaduhan sesama penghuni pusat itu pagi Rabu.
Penghuni tersebut melarikan diri melalui pintu pagar hadapan pusat berkenaan pada kira-kira pukul 8.30 pagi.

Bagaimanapun polis berjaya menahan semula lapan pelatih itu dengan tangkapan pertama seramai dua orang di Pekan Serendah.

Operasi bersepadu mencari 17 lagi pelatih yang masih bebas itu diteruskan melibatkan 85 anggota polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Ikatan Relawan Rakyat (RELA).

Sekatan jalan raya juga dijalankan di 12 tempat berdekatan dengan Pekan Serendah dan pusat serenti berkenaan selain menggunakan Unit Anjing Pengesan dan Unit Udara Polis.

Pergaduhan sesama penghuni pusat serenti itu menyebabkan kecederaan ringan ke atas 15 pelatih yang kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu dan menerima rawatan pesakit luar.

Terdapat kira-kira 450 pelatih di pusat serenti berkenaan.
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net