Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
RM200,000 Lesap: Ketua Cawangan Umno Buat Laporan Polis
 
 

OLEH:NURHANA ABU BAKAR

KLANG - Ketua UMNO Cawangan Raja Uda Tiga, Abdul Aziz Mahad hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang mengenai kehilangan wang RM200,000 daripada akaun UMNO Bahagian Klang.
Laporan itu dibuat kira-kira pukul 11.45 pagi dengan Abdul Aziz diiringi kira-kira 15 ahli UMNO termasuk Ketua Cawangan dan Ketua Pemuda Cawangan dari 15 Cawangan dalam Bahagian Klang.

Antara dakwaan yang dibuat dalam laporan tersebut ialah wanmg berkenaan telah dikeluarkan dalam bulan Mei 1991 dari akaun United Malayan Banking Corporation Bhd. cawangan Pelabuhan Klang.

Abdul Aziz juga mendakwa sejumlah wang telah dikeluarkan oleh Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Zakaria Md. Deros dan Bendahari UMNO Bahagian ketika itu, Shaari Mat Jihin tanpa persetujuan ahli-ahli jawatankuasa UMNO Bahagian.

Sehubungan itu, Abdul Aziz meminta polis menjalankan siasatan rapi mengenai perkara tersebut.

Polis daerah yang dihubungi hari ini mengesahkan ada menerima laporan tersebut dan menyerahkan kepada pegawai berkenaan untuk menjalankan siasatan.

Laporan polis yang dibuat terhadap Zakaria ini adalah susulan tindakan kira-kira 50 ahli UMNO dari Bahagian Klang yang membuat protes terhadap ADUN Selat Klang itu pada 12 Mac lalu di Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam.

Antara protes itu berhubung arahan UMNO Bahagian supaya tiga cawangan iaitu Selat Selatan, Plaza MPK dan Pengkala Kota mengadakan semua mesyuarat atas alasan ia diadakan di luar kawasan masing-masing serta alasan keselamatan.

Bagaimanapun, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mengarahkan supaya keputusan itu dibatalkan dan seterusnya ketiga-tiga cawangan terbabit tidak perlu mengadakan mesyuarat mereka.

Namun pada malam keesokan hari ini, beberapa ahli UMNO dari Cawangan Selat Selatan tetap mengadakan mesyuarat yang melibatkan kehadiran antara 10 hingga 15 orang.

Berikutan mesyuarat tersebut, Zainuri Zakaria yang merupakan anak ADUN Zakaria telah dilantik sebagai Ketua Cawangan Selat Selatan.

Tindakan mengadakan mesyuarat cawangan itu kini menimbulkan keadaan tegang berikutan kini sudah ada dua Ketua Cawangan, malah arahan Menteri Besar itu menunjukkan ahli-ahli terbabit tidak mengendahkan supaya mesyuarat tidak perlu diadakan.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net