Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Indeks Pencemaran Udara “Tidak Sihat” Di 5 Kawasan Selangor
 



KLANG - Lima stesen bacaan indeks pencemaran udara (API) iaitu di Pelabuhan Klang, Kuala Selangor, Shah Alam, Kajang dan Gombak, mencatatkan bacaan `tidak sihat'.

Pegawai Kawalan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Khairuddin Idris,berkata, bacaan API yang tidak sihat itu dipercayai berpunca akibat cuaca panas kering dan pembakaran terbuka.

Bagaimanapun, beliau tidak memberitahu bacaan sebenar API atau sejak bila masalah itu dikesan, dengan alasan ia kerana bertentangan dengan dasar JAS.

Beliau menambah, hanya satu daripada enam stesen API di seluruh Selangor yang mencatatkan bacaan `sihat', iaitu di Petaling Jaya.

"Sehubungan itu, kita mempertingkatkan operasi mencegah pembakaran terbuka secara berterusan dan bersepadu," katanya dalam operasi mencegah pembakaran terbuka di Kampung Johan Setia di sini, semalam.

Dalam bulan ini sahaja, Khairuddin berkata, JAS negeri menerima beberapa laporan tentang kegiatan pembakaran terbuka di kampung itu dilakukan petani yang sama.

Operasi bermula jam 10 pagi diteruskan hingga waktu malam itu,membabitkan lebih 20 pegawai dan petugas daripada JAS, Rela, Polis, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Pejabat Daerah.

Khairuddin berkata, operasi akan berterusan selama tiga hari termasuk pada waktu malam bagi mengesan dan menahan mereka yang melakukankegiatan itu.

JAS percaya beberapa petani itu akan datang semula membuat pembakaran terbuka menjelang malam ataupun pada tengahmalam. Mereka yang berbuat demikian boleh didakwa mengikut Seksyen 29 (A) Akta Alam Sekitar 1974 dan boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara maksimumlima tahun atau kedua-dua sekali.


 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net