Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Pergolakan Umno Bahagian Klang Kian Parah
 
 

OLEH :NURHANA ABU BAKAR


KLANG- Pergolakan UMNO Bahagian Klang kian parah apabila segelintir ahli-ahli Cawangan Selat Selatan bertindak membelakangkan arahan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo apabila 10 hingga 15 orang mengadakan semula mesyuarat cawangan walaupun Dr. Khir mengarahkan mesyuarat semula itu tidak perlu.

Difahamkan, mesyuarat cawangan Selat Selatan itu diketuai anak Datuk Zakaria Md. Deros iaitu Zainuri yang sebelum ini merupakan Ketua Pemuda Cawangan berkenaan.

Seorang ahli cawangan itu yang enggan namanya disiarkan berkata,mesyuarat itu diadakan malam tadi bertempat di Pejabat UMNO Bahagian Klang di Pelabuhan Klang dengan ahli-ahli yang hadir melantik Zainuri sebagai Ketua Cawangan baru walaupun mesyuarat tersebut tidak dihadiri ramai kalangan ahli-ahli cawangan.

Tindakan Zainuri bukan sahaja dilihat membelakangi arahan Dr.Khir, malah kini menimbulkan rasa kurang selesa terhadap hubungan antara Menteri Besar dengan Zakaria.

Kini timbul persoalan, apakah Zakaria sengaja mahu menentang Dr. Khir yang baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO menggantikanTan Sri Muhammad Muhd. Taib.

Perkembangan terbaru ini juga bakal memperlihatkan apakah jalan penyelesaian yang dapat dicari oleh Dr. Khir dan lebih parah lagi kini seolah wujud dua Ketua Cawangan dan secara langsung Majlis Tertinggi UMNO mungkin terpaksa menentukan mana satu mesyuarat yang sah serta Ketua Cawangan yang perlu diiktiraf.

Perkembangan ini adalah susulan dari tindakan kira-kira 50 ahli UMNO daripada 31 cawangan dalam Bahagian Klang yang memprotes terhadap kepimpinan Zakaria, Selasa lalu di Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam.

Mereka memprotes arahan UMNO Bahagian Klang yang mahu tiga cawangan iaitu Selat Selatan, Pengkalan Kota dan Plaza MPK mengadakan mesyuarat semula dengan alasan ia tidak diadakan dalam cawangan masing-masing.

Di samping itu, ahli-ahli yang memprotes itu mendakwa Zakaria telah bertindak mengambil tanah hak milik penduduk Kampung Idaman, Pandamaran. Ahli-ahli terbabit yang kemudian menemui Dr. Khir telah diarahkan supaya mesyuarat membabitkan tiga cawangan tersebut tidak perlu diadakan.


(AgendaDaily)
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net