Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Dua Mati Akibat Demam Denggi Di Selangor
 


SHAH ALAM - Kes deman denggi di Selangor kini berada pada tahap serius berikutan meningkatnya kes-kes yang dilaporkan hingga melibatkan dua kematian berpunca penyakit tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Selangor, Datuk Tang See Hang berkata, sehingga 9 Mac sebanyak 823 kes demam denggi telah dilaporkan diseluruh Selangor dan merupakan peningkatan sebanyak 54 peratus atau 536 kes berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Menurut Tang, dua kematian itu melibatkan seorang wanita berusia 40 tahun di Taman Sri Serdang, MPSJ dan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tujuh bulan di Seksyen 27 MBSA.

``Kes yang dilaporkan setakat ini melibatkan 770 kes demam denggi dan 53 kes demam denggi berdarah,'' katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Jelasnya, pada minggu lalu kes yang dilaporkan ialah 103 kes berbanding 91 kes pada minggu sebelumnya.Kes demam denggi tertinggi dicatatkan di MBSA iaitu 199 kes diikuti MajlisPerbandaran Selayang 130 kes, MPSJ 129 kes, MPPJ 112 kes, MPK 69 kes, MPKj52 kes dan beberapa daerah lain.

``Kita telah mengarahkan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabitseperti MBSA, MPS, MPSJ, MPPJ dan MPK supaya membuka bilik gerakanmasing-masing.

``Di peringkat negeri, bilik gerakan Jabatan Kesihatan akan memantauperkembangan yang berlaku,'' katanya.

Antara langkah segera yang diambil oleh PBT ialah mengedarkan ubat jentik-jentik serta mengadakan gotong-royong.Peningkatan demam denggi di Selangor antara faktor lain disebabkan cuaca kering dan hujan tidak menentu, ditambah pula masalah kekurangan air dikawasan Lembah Klang.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net