Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Perbadanan Urus Air Selangor Bhd (PUAS)
 


Setelah ura-ura berita Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS) akan dikorporatkan wujud lebih 10 tahun dulu, akhirnya agensi bekalan air itu dengan rasminya dikorporatkan pada Sabtu ini. Berikutan pengkorporatan itu, JBAS akan dikenali sebagai Perbadanan Urus Air Selangor Bhd (PUAS).

Setakat ini, sebanyak 97 peratus daripada kesemua 1,200 petugas JBAS memilih untuk menyambung tugas di bawah Puas. Petugas yang memilih untuk menyertai PUAS akan menikmati kenaikan gaji sebanyak 17.5 peratus seperti ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kenaikan gaji ini akan membabitkan kenaikan kos pengurusan syarikat sebanyak lebih RM1 juta setahun.

Seramai 400 petugas kontrak JBAS terutama petugas kaunter dan pembaca meter air akan diserapkan ke dalam PUAS secara beransur-ansur. Pemilihan mereka untuk diserapkan ke jawatan tetap dalam PUAS bergantung kepada prestasi dan pengalaman kerja.

JBAS asalnya diwujudkan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur pada 1896 sebelum keluar daripada JKR dan dikenali seperti sekarang ini pada 1972.

Objektif utama penubuhan JBAS adalah sebagai sebuah agensi pembekal air di Selangor dan Kuala Lumpur yang membekalkan air minuman yang bersih dan selamat pada harga yang ekonomik.



 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net