Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Selangor Catu Bekalan Air Waktu Malam
 


Selangor memulakan tindakan menutup bekalan air pada waktu malam membabitkan kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air serius ekoran kemarau yang berpanjangan sejak bulan lalu.

Penutupan bekalan bermula jam 8 malam hingga awal pagi itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan penduduk di tempat berkenaan mendapat air secukupnya untuk kegunaan pada siang hari.

Bilik gerakan juga sudah dibuka bagi memudahkan penduduk memaklumkan masalah bekalan air yang terganggu di kawasan masing-masing.

Kawasan terjejas adalah di Taman Desa Jaya, Taman Bukit Desa, Taman Usaha Jaya, Bandar Sri Damansara Sektor A dan Bandar Manjalara di Gombak yang mendapat bekalan air daripada Empangan Sungai Selangor.

Daerah lain teruk terjejas adalah di Hulu Langat membabitkan 14 kawasan antaranya Bandar Teknologi Fasa 1 hingga 6, Kawasan Industri Megah Bandar Teknologi, sekitar Semenyih serta Jalan 1/7 dan 1/9 Bandar Baru Bangi. Kawasan ini mendapat bekalan daripada empangan Sungai Semenyih. Keseluruhan kawasan Cheras dan Pandan di Kuala Lumpur juga mengalami gangguan bekalan air.

Tiada langsung hujan di kawasan lima empangan di Selangor manakala paras air di empangan itu pula semakin turun dengan Empangan Sungai Tinggi hanya mempunyai simpanan air 56.34 peratus sahaja. Penurunan ketara empangan itu disebabkan Splash dan Puncak Niaga mengambil air di situ untuk kegunaan utama di beberapa tempat di negeri ini.

Selain itu, Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS) sudah menyediakan 36 tangki statik serta 14 lori untuk mengangkut serta membekalkan air ke kawasan terjejas dengan dibantu 23 lagi lori tangki swasta.

Orang ramai dinasihatkan menggunakan air dengan cermat serta mengurangkan aktiviti luar rumah seperti mencuci kenderaan sebaliknya menyimpan air untuk kegunaan utama seperti memasak dan untuk diminum.

Selangor dan penduduk Kuala Lumpur khususnya kini mendapat bekalan air daripada empangan Sungai Semenyih, Sungai Langat, Klang Gates, Sungai Tinggi dan Sungai Batu.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net