Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Protes Terhadap Ketua Umno Bahagian Klang
 
 

SHAH ALAM - Kira-kira 50 ahli UMNO dari beberapa cawangan di Bahagian Klang Selasa bertindak memprotes terhadap Ketua UMNO bahagian itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Selat Klang, Datuk Zakaria Md. Deros.
Ahli-ahli UMNO itu dikatakan membawa beberapa poster yang antara lain meminta Zakaria meletakkan jawatan di samping melahirkan rasa tidak puas hati terhadapnya.

Antara rasa tidak puas hati itu meliputi tindakan UMNO Bahagian Klang mengarahkan supaya tiga cawangan UMNO iaitu Selat Selatan, Plaza MPK dan Pengkalan Kota mengadakan mesyuarat masing-masing semula.

Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Klang, Mokhtar Padil berkata, alasan yang diberikan ialah ketiga-tiga cawangan mengadakan mesyuarat di luar cawangan masing-masing.

``Tetapi mesyuarat itu diadakan di Teluk Gong iaitu masih dalam Bahagian Klang,'' katanya di Bangunan UMNO Selangor hari ini.

Di samping itu, ahli-ahli UMNO berkenaan juga melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan Zakaria cuba memajukan kawasan tanah seluas 0.4 hektar di Pandamaran.

Mereka mendakwa, tanah itu sudah pun diberi status TOL kepada penduduk dan bayaran premium telah pun dijelaskan.



 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net