Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Hassan Ali: PAS Lebih Berpengaruh Di Tanjong Karang
 


OLEH: ROSLI ISMAIL

KUALA LUMPUR- Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Burung, Datuk Dr Hassan Ali tetap mempertahankan dakwaannya bahawa PAS kini lebih berpengaruh di kawasan Tanjong Karang dan akan lebih kuat lagi jika diberi “kebebasan” untuk bergerak sama macam yang dinikmati oleh Umno.
Katanya yang pasti sekarang kedua-dua parti sedang bergerak cergas di Tanjong Karang menjelang pilihanraya akan datang tetapi dari soal penerimaan rakyat nampaknya PAS lebih kedepan.

“PAS ada program,Umno ada program,begitu juga strategi tetapi soalnya siapa yang lebih ada kredibiliti,siapa yang lebih dipercayai oleh rakyat,siapa yang boleh memainkan peranan mewakili rakyat di kawasan itu samaada di dewan undangan negeri atau parlimen.

“Pada pendapat saya PASlah yang lebih ke depan berbanding dengan Umno,”dakwanya ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Tanjong Karang,Datuk Noh Omar yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian itu bahawa Umno semakin mantap berikutan pembukaan banyak cawangan-cawangan baru.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menyatakan demikian kepada Agendadaily ketika ditemui di lobi parlimen pagi Selasa.

Ketua tokoh politik di Tanjong Karang ini saling cabar mencabar bila Dr Hassan baru-baru ini mempersoalkan kebenaran kenyataan Noh bahawa ada 33 cawangan Umno yang baru di bahagian itu.

Menteri Besar Selangor Dato Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang juga Ketua bahagian Umno dan ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang telah menegaskan tidak ada sebab Umno perlu berbohong mengenai kewujudan cawangan-cawangan baru.

Noh juga mendakwa ada penduduk di kawasan Sungai Burung telah menubuhkan jawatankuasa bertindak “untuk mencari Dr Hassan” kerana jarang balik jenguk kawasan.

Dr Hassan menegaskan pengaruh PAS di situ tetap utuh walaupun ia beroperasi dengan berbagai sekatan.

“Bayangkanlah jika kami boleh bebas bergerak macam Umno,”katanya.

Ditanya apakah bukti bahawa pengaruh PAS lebih ke depan dari Umno,beliau berkata perkiraan ini dibuat dari sambutan orangramai terhadap program-program yang dibuat oleh PAS.

“Contohnya dalam satu program motivasi yang kita buat,kita anggarkan hanya 500 orang yang datang tetapi lebih 1,300 orang yang hadir,”katanya.

Beliau mendakwa ini telah menyebabkan orang Umno sudah merasa “gabra”.

Katanya PAS akan meneruskan program itu bukan sahaja di peringkat parlimen tetapi juga di ketiga-tiga kawasan dewan undangan negeri di Tanjong Karang.

Ditanya mengenai jumlah ranting (cawangan) PAS di Tangjong Karang sekarang,Dr Hassan berkata, “kiraan terakhir saya tidak pasti”.


 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net