Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
JAIS Hentikan Tangkapan Khalwat Di Rumah
 
 


Oleh Roy Rasul

KUALA LUMPUR- Langkah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberhentikan tangkapan terhadap pasangan berkhalwat yang berada dalam sesebuah rumah adalah sementara, kata seorang jurucakap Jais.

Menurutnya, Jais terpaksa memberhenti tangkapan ke atas pasangan yang berada dalam rumah bagi memastikan satu garis panduan yang beretika dalam membuat serbuan ataupun tangkapan. Sebelum ini Harakah dimaklumkan sebilangan masyarakat khususnya umat Islam di Selangor melahirkan kebimbangan mereka di atas keengganan Jais melakukan tangkapan kepada pasangan yang berkhalwat sedemikian.

Sehubungan itu, katanya, walaupun Jais menerima banyak kritikan disebabkan keputusan memberhentikan tangkapan tersebut yang bermula minggu lepas tetapi Jais melalui Bahagian Penguatkuasaan perlu meneliti semula etika berkenaan.

"Dalam Islam pun masuk rumah orang kena ada etika, lagi pun kita tidak boleh menyerbu terus seperti yang dilakukan sebelum ini," jelasnya.

Katanya, garis panduan yang dirangka sekarang adalah untuk mempertingkat pelaksanaan penguatkuasaan mengikut syariat Islam.

"Kita lakukan semua ini adalah untuk melakukannya dengan cara profesional dan terbaik bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan aduan," katanya.

Malah katanya, Jais sedia menerima risiko demi mencapai satu keputusan lebih-lebih lagi tentang perlaksanaan perkara baru.

Garis panduan itu pula katanya akan dilaksanakan sehingga Jawatankuasa Pengurusan Jais menerimanya dan ia tidak ada kena mengena dengan arahan atapun tekanan daripada pihak tertentu.

"Sebenarnya kami mahu wujudkan sistem kerja yang sempurna di antara orang ramai dan pekerja" katanya.

Ini katanya, setakat ini ada aduan-adaun yang dilaporkan kepada Jais tidak lengkap dan perkara ini kadang-kedang katanya menyukarkan pihak Jais untuk bertindak.

Oleh sebab itu, katanya tujuan Jais membuat garis panduan itu adalah untuk kebaikan semua pihak.

Di samping itu, katanya Jais tetap bertindak terhadap mereka yang melakukan perbuatan maksiat di kawasan awam.

Katanya, walaupun perbuatan tersebut sukar dibendung dengan mendadak namun Jais tetap berusaha untuk mengatasi sekurang-kurang cuba mengurangkan jumlah mereka yang terlibat.

"Yang penting kita harap mereka yang terlibat dalam gejala ini sedar bahawa perbuatan mereka menyalahi hukum Islam biarpun mereka tidak takut dengan undang-undang yang dilaksanakan kerajaan," katanya

(HarakahDaily)
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net