Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Cawangan baru: Umno Selangor Cari Taktik Pulih Keyakinan Rakyat
 



TANJONG KARANG- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong, Dato' Dr Hassan Mohd Ali menegaskan 33 cawangan baru yang ditubuhkan oleh Umno Tanjong Karang merupakan taktik untuk memulihkan keyakinan rakyat Negeri Selangor terhadap Umno.

Menurut beliau, sebenarnya kepimpinan Umno negeri Selangor sudah kehilangan penyokong dan mereka telah berpecah dengan apa pihak yang menyokong Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, Dato' Noh Omar dan Tan Sri Mohamad Taib.
Dr. Hassan berkata demikian apabila Pengerusi Panel Politik Umno Tanjong Karang, Dato' Noh Omar membuat kenyataan sebanyak 33 cawangan baru Umno telah ditubuhkan dalam tempoh dua bulan, sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar tempatan baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, di Sungai Panjang dan Sungai Dorani telah digembar gemburkan bahawa Umno akan merasmikan penubuhan cawangannya dan akan dilakukan secara besar-besaran tetapi majlis itu terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat sambutan dan sokongan daripada masyarakat tempatan.

"Kalau dalam kawasan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo tidak jadi untuk menubuhkan cawangan barunya, bagaimana pula untuk menubuhkan cawangan di Sungai Panjang, Sungai Dorani dan cawangan lain," soalnya.

Beliau menegaskan, jika benar Tanjong Karang sudah menubuhkan 33 cawangan baru sepanjang tempoh dua bulan mengapa tidak disenaraikan nama keahlian, di mana cawangan itu ditubuhkan dan mengapa hanya membuat kenyataan umum sahaja.

Katanya, sebenarnya bukan Umno yang banyak menubuhkan cawangan tetapi PAS dan pihak PAS cawangan dan kawasan boleh menyenaraikan nama-nama ahli baru terutamanya bekas ahli Umno yang sudah menyertai PAS.

Sementara itu Adun Kajang, Dr Shafie Abu Bakar menegaskan kenyataan daripada Dato' Noh Omar merupakan perang saraf Umno terhadap PAS dan PAS perlu berwaspada dengan kenyataan tersebut.

Beliau berkata, PAS perlu mempertahankan cawangan yang ada dengan mengadakan banyak aktiviti serta perkhidmatan kepada masyarakat.

"Jika PAS mahu mendapat sokongan daripada rakyat serta kemenangan dalam pilihan raya akan datang, PAS perlu menunjukkan contoh yang baik terhadap masyarakat dengan mengadakan perkhidmatan terbaik walaupun dalam masa yang sama kita tidak mampu untuk melaksanakannya," katanya.

Katanya, perkhidmatan terhadap masyarakat amat penting kerana daripadanya masyarakat akan menilai kemampuan dan prihatin kita.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net