Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Dua Penjenayah Kes Rompak Bas KLIA Bolos Dari Lokap Polis Di Shah Alam
 
 

Kewibawaan polis terus tercabar apabila dua penjenayah yang ditahan kerana rompakan bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA )baru-baru ini , berjaya bolos daripada lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor,di Shah Alam awal pagi Isnin.
Mereka, Izuddin saudin atau Din Jelawat, 25, (ketua kumpulan) dan Rozali Ridzwan atau Ali, 31, melarikan diri antara pukul 4 hingga 7.30 pagi.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Fauzi Shaari memberitahu, kedua-dua mereka bertindak lari melalui siling sebelum masuk ke lubang yang sedia ada di bangunan berkenaan.

``Mereka kemudian masuk ke dalam setor pakaian dan peralatan polis lalu menanggalkan cermin yang ada di situ untuk keluar dan terus ke semak berhampiran,'' katanya.

Apa yang menghairankan, lokap yang menempatkan kedua-dua penjenayah itu dikatakan tidak mempunyai jeriji besi hingga memudahkan mereka keluar melalui siling.

Ekoran kejadian tersebut, empat konstabel polis telah ditahan kerja bagi membolehkan siasatan untuk mengenal pasti kecuaian yang berlaku.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net