Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Tuanku Siti Aishah: Mahathir Tidak Hormati Institusi Diraja
 

Oleh: Anak Selangor

1 MAC 2002, genaplah 100 hari kemangkatan Almarhum DYMM Yang Di Pertuan Agong ke X iaitu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Tapi apa yang menjadi tanda tanya sebilangan rakyat, khususnya rakyat negeri Selangor ialah tentang tiadanya majlis keberangkatan balik bekas DYMM Raja Permaisuri Agung, Tuanku Siti Aishah, diberikan oleh kerajaan yang diterajui oleh Mahathir, setelah baginda secara otomatik tidak lagi menjadi Permaisuri Agong. Inilah yang terjadi di zaman pemerintahan Mahathir seolah-olah beliau tidak ada langsung rasa hormat kepada institusi diraja di negara ini.

Sebagaimana diketahui, Tuanku Siti Aishah telah tercatat dalam sejarah negara sebagai DYMM Raja Permaisuri Agung Ke X dan semasa tempoh tahta baginda selama dua tahun tentu ada jasa-jasa baginda kepada negara. Sepertimana baginda ditabal setelah dilantik sebagai DYMM Raja Permaisuri Agong Ke X dan diadakan upacara pertabalan, pemberhentian atau keberangkatan balik baginda perlu juga diadakan istiadat. Apa yang dilihat perkara ini tidak berlaku dan Mahathir selaku ketua kerajaan yang mewakili seluruh rakyat Malaysia, sepatutnya mengadakan upacara berkenaan sebagai tanda junjung kasih rakyat kepada baginda.

Semasa Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri, Almarhum DYMM Sultan Kelantan yang ketika itu menjadi Yang DiPertuan Agong telah mangkat semasa di atas tahta. Selang beberapa minggu selepas itu, istiadat keberangkatan balik Raja Perempuan Kelantan ke Kelantan telah diadakan sebagai ucapan junjung kasih kerajaan dan rakyat. Istiadat ini telah dihadiri sekalian anggota kabinet, ahli perlimen dan duta asing. Tetapi, malang sekali bagi Tuanku Siti Aishah, baginda seolah-seolah disisihkan dan tidak diperdulikan oleh kerajaan Mahathir.

Inilah nasib institusi diraja di negara kita dibawah Mahathir!

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net