Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Surat Terbuka Kepada Pengarah Badan Pencegah Rasuah Selangor
 



Oleh BAHARUDDIN MOHD NOOR

1. Isu rasuah Khir Toyo yang dikendalikan oleh pihak tuan semakin membingungkan rakyat. Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan sama ada Khir Toyo telah disiasat ataupun belum, begitu juga dengan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor yang lain, tidak terkecuali Pengarah JKR Selangor, Pengarah Jabatan Bekalan Air Selangor dan nama-nama yang disebutkan dalam aduan rasmi sebanyak lima kali itu. Sedangkan pengadunya, Ahmad Lutfi Othman berulang kali naik turun pejabat BPR di Kompleks PKNS Shah Alam.

2. Lutfi dalam aduan terakhirnya mengenai penebangan kayu balak di Kompatmen 78 Hutan Simpan Hulu Langat seluas 1,200 ekar kepada kroni Dr Khir, iaitu Pua Kim Seng, menegaskan bahawa beliau tidak mahu lagi membuat laporan rasmi mengenai kes rasuah Khir Toyo kepada BPR kerana tidak lagi yakin badan itu boleh bertindak bebas menyiasat anak emas Mahathir.

3. Justru, saya merasa perlu bagi BPR menyiasat kes terbaru yang dibongkar Lutfi, iaitu tentang MEMBEKAL DAN MEMASANG PAIP AIR BESI KELULI BERUKURAN 1200 MM GARISPUSAT DARI KOLAM AIR SEMENYIH KE PEKAN BANTING, SEJAUH 37KM, BERNILAI RM82,385,182.80. Menurut surat setuju terima tender yang ditandatangani Dr Khir, No. Kontrak projek ini ialah JBA/SEL/217/2001.

4. Di bawah ini disertakan cadangan harga oleh seorang kontraktor yang berpengalaman selama 20 tahun dalam kerja-kerja membekal dan memasang paip air di Selangor:

5. Dalam bidang kerja membekal paip berkenaan, yang saiznya 1.2m, kadar bagi satu meter ialah RM650.00. Ini bermakna bagi jarak sejauh 37km ataupun 37,000 meter, kosnya ialah RM24,050,000.00.

6. Manakala bagi bidang kerja mengorek dan memasang paip berkenaan, kadar kerja ialah RM150.00 bagi satu meter. Ini bermakna bagi jarak 37 km, kosnya tidak boleh melebihi RM5,550,000.00. Oleh itu jumlah bagi kos membekal dan memasang paip berkenaan ialah RM29,600,000.00.

7. Anggaran kos bagi preliminari, iaitu kira-kira 5% daripadanya, yakni RM1,480,000.00. Manakala jika dikira kadar keuntungan sebanyak 20% daripada semua kos berkanaan, maka kontraktor sudahpun mendapat untung RM6,216,000.00. Jumlah besar ialah RM37,296,000.00.

8. Jadi, cuba bayangkan berapa banyak untung yang diperolehi oleh LBH Engineering, yang beralamat di No 39-A, Jalan BRP ¼, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, 47000 Selangor, apabila mereka mendapat kontrak bernilai lebih RM82 juta? Bukankah keuntungan untuk LBH lebih RM50 juta, maka tidak hairanlah jika ada pihak mendakwa Khir mendapat imbuhan lumayan lebih RM20 juta daripada projek mewah ini.

9. Harap BPR dapat menjalankan siasatan dengan berani, tanpa takut dan profesional.



 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]