Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Kisah Pendatang Asing & Rasuah Wakil Rakyat Di Selangor
 

Oleh: Ummu Natasya 2002

DALAM pertelingkahan bodoh antara Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk M. Kayveas dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Mohd Mokhtar Mohd Dahlan, rakyat dapat menyaksikan bahawa “memang berlaku rasuah” dalam pentadbiran kerajaan khususnya di kalangan pemimpin Umno.

Kayveas adalah Presiden PPP, salah satu parti komponen BN. Dia tak ada tempat untuk bertanding tetapi ada usaha hendak meletakkan dia di kawasan Parlimen Seputih yang dikuasai DAP. Apakah sebagai seorang peguam, Kayveas sanggup membuat tuduhan membuta tuli? Tentu dia mempunyai bukti.

Masih ramai rakyat tempatan, orang Selangor sendiri tidak mendapat tanah tetapi menurut Kayveas wakil rakyat di Selangor berikan penempatan kepada pendatang asing, dibekalkan dengan elektrik dan air.

Dakwaan ini datangnya dari Kayveas bukan pembangkang. Mengelabah juga Mokhtar Dahlan dan mengiytiharkan sanggup berperang dengan Kayveas. Perang apa? Mengaku sahajalah kalau dah kaya raya hasil mengaut duit pendatang asing. Kalau tanpa bantuan wakil-wakil rakyat Umno di Selangor, mustahil pendatang asing boleh bebas dan bermaharajalela di Selangor.

Kalau ada rakyat Malaysia yang berasal dari Melaka, Johor, Kelantan atau Terengganu memohon tanah, macam-macam alasan diberikan untuk menolak permohonan itu. Tetapi rakyat Indonesia, mungkin disebabkan boleh bayar ufti, maka mereka dengan mudah diberikan tanah.

Apakah rakyat dan pengundi di Selangor, khususnya di Selayang, Damansara dan Ulu Langat/Kuala Langat masih masih mahu mengekalkan Umno/BN dalam pilihan raya akan datang? Tidak cukupkan mereka semua tertipu dengan permainan wakil-wakil rakyat Umno di Selangor? Tidakkah mereka tahu bahawa Dato’ Zakaria Md Derus turut diadukan melakukan rasuah ketika pemilihan Umno? Yang mengadu bukan pembangkang tetapi bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Kelang, Mokhtar Padil. Mahukah pengundi di Dun Selat Kelang memberikan undi lagi kepada calon Umno/BN dalam pilihan raya akan datang? Cukuplah rasanya kita semua, para pengundi dan rakyat bawahan ditipu oleh pemimpin-pemimpin Umno. Selamatkanlah Selangor dari musnah dimusnahkan oleh Mokhtar Dahalan, Zakaria Md Derus dan rakan-rakannya.

Walaupun masih ada segelintir rakyat dan pengundi yang taksub kepada Umno/BN tetapi percayalah jika mereka tahu mereka diperkudakan oleh para pemimpin Umno, mereka juga akan meninggalkan parti yang sudah usang itu. Kuatkan semangat, perbaharui keazaman dan bertekadlah untuk menukar kerajaan dalam pilihan raya akan datang. Sesungguhnya perjuangan ini memerlukan pengorbanan. Selain bersemangat kita semua perlu beristiqamah.

Para pemimpin Umno akan menjadikan pembangkang sebagai sasaran kecaman mereka tetapi yang membuat dakwaan terhadap mereka bukannya pembangkang tetapi orang-orang dalam BN sendiri.

Serupalah dalam kes Penyelewengan PPRT, yang membuat dakwaan terhadap Dato’ Annuar Musa ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Azmi Khalid dan Tan Sri Abdullah Ahmad. Tiada siapa dari kalangan pembangkang yang berminat untuk menyentuh hal ini. Jika wang rakyat termisikin pun lesap dikebas, apatah lagi wang rakyat Indonesia yang dikatakan cukup untuk mengkayakan Mokhtar Dahlan dan Zakaria Md Derus.

(Sesiapa yang belum mendapat buku PENYELEWENGAN PPRT-Siapa Benar? Boleh memesan terus dari ummu_natasya@hotmail.com ).


 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]