Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Pemuda keADILan Cabar Pemuda UMNO Saman Konsular Swiss Jika PM Tidak Berbohong
 


PULAU Pinang: Ketua Penerangan Pemuda keADILan, Saudara Johari Kassim mencabar Pemuda UMNO mendesak Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan daripada kerusi presiden parti perkauman terbesar Asia Tenggara itu kerana telah dibuktikan berbohong.

Beliau membuat kenyataan itu sebagai tindakbalas kepada laporan-laporan akhbar Switzerland yang membidas dolak dalih Perdana Menteri sebelum ini mengenai skandal Perwaja.

Semasa berjumpa dengan pelajar-pelajar di London dalam bulan Februari, Perdana Menteri menyalahkan pihak berkuasa dan sektor perbankan Switzerland di atas kelewatan siasatan skandal Perwaja yang melibatkan rakan karib beliau sendiri, iaitu Tan Sri Eric Chia.

Walau bagaimanapun, pembohongan beliau itu didedahkan oleh kerajaan Switzerland sendiri apabila jurucakap Jabatan Keadilan Persekutuan Switzerland, Encik Folco Galli menyatakan bahawa semua dokumen yang diperlukan telahpun diserahkan kepada pegawai penyiasat dari Malaysia.

Menurut Saudara Johari, perkara ini diakui sendiri oleh penyiasat BPR yang dipetik oleh akhbar The Malay Mail bahawa "Pengarah BPR Encik Zulkifli Md Nor dan beberapa pegawai yang lain telah menemui Menteri Undang-undang Swiss pada bulan Mei yang lalu. Malah, kerajaan Swiss telah menerima banyak ucapan terima kasih dari pegawai-pegawai dari Malaysia."


Kontroversi pembohongan Perdana Menteri mengenai skandal Perwaja ini meledak ke muka beliau sendiri apabila Konsul Switzerland Encik Ulrich Schlaesli membuat kenyataan bahawa Jabatan Peguam negara itu telah memberi sepenuh kerjasama kepada pegawai-pegawai Malaysia, sekaligus mendedahkan bahawa Perdana Menteri Malaysia berbohong secara terang-terangan.


Mengulas perkara itu lagi, Saudara Johari juga mencabar Pemuda UMNO supaya menyaman Kedutaan Switzerland sekiranya presiden mereka tidak berbohong, sekaligus menyelamatkan maruah parti perkauman yang semakin hilang pengaruh itu.


 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net