Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Md. Zahid: Umno Dicabar Buktikan Kebenaran Dakwaan Anggota Pemuda keADILan Keluar Parti
 
 

OLEH : JEBAT ALAF BARU

Naib Ketua Pemuda KEADILAN Pusat, Md. Zahid Md. Arif mencabar kepimpinan UMNO khususnya di Permatang Pauh untuk menyerahkan nama dan No Kad Pengenalan 60 orang anggota Pemuda Parti KEADILAN yang dikatakan telah keluar menyertai UMNO baru-baru ini.

Katanya, nama dan nombor kad pengenalan ini memang perlu supaya urusetia Parti KEADILAN dapat mengesahkan kesahihan dakwaan tersebut. Jika UMNO khususnya UMNO Permatang Pauh gagal menyerahkannya dalam masa dua hari ternyata dakwaan itu hanyalah propaganda kosong UMNO.

Beliau berkata demikian dalam ceramah politik anjuran Parti KEADILAN Pulau Pinang sempena konvensyen parti tersebut di Bukit Mertajam Ahad lepas, bagi mengulas laporan TV yang mengatakan 60 orang anggota Pemuda KEADILAN Permatang Pauh telah berpaling tadah.

Beliau yakin bahawa rakyat di negara ini tidak akan mudah terpengaruh dengan tektik lama UMNO itu dan seterusnya menyatakan bahawa Parti KEADILAN baru saja mendaftar 23 bahagian bersama dengan 123 cawangan dengan keahlian lebih 6000 orang.

Anak muda yang berasal dari Melaka ini juga telah menarik perhatian lebih 3000 orang hadiran dengan dakwaan mengatakan pemergian Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad ke Eropah semata-mata melobi agar Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Novel Keamanan 2002.

Katanya, Datuk Seri Anwar telah dicalonkan bersama 120 calon lain dari seluruh dunia untuk menerima anugerah tersebut. Dan kini Datuk Seri Anwar telah berjaya dipilih untuk peringkat akhir bersama 15 calon lain. Kini kesemua 15 calon ini sedang diteliti oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan sendiri oleh Raja Norway.

"Dr. Mahathir cukup takut anugerah ini jatuh ketangan Datuk Seri Anwar kerana jika ini berlaku mata seluruh dunia akan tertumpu ke Malaysia dan mengetahui segala tindakan yang dibuat oleh kerajaan pimpinannya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim." Ujarnya.

Terdahulu daripada itu ketika Md. Zahid baru memulakan ceramah lebih kurang sepuluh minit sebagai penceramah kedua, tiba-tiba bekalan letrik terputus. Majlis terpaksa diberhentikan kira-kira 20 minit kemudiannya disambung semula setelah pihak pengurusan dewan menghidupan generator

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net