Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Adlan: Penemuan Sains Yang Menakjubkan Oleh PM
 


OLEH : JEBAT ALAF BARU

SETIAUSAHA Pemuda KEADILAN Pusat, Adlan Benan Omar berkata bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pernah digelar sebagai WIRA DUNIA KETIGA sautu waktu dulu.

Katanya, sememangnya gelaran itu layak diberikan kepada kepada satu-satunya Perdana Menteri yang cukup lama memerintah. Sejak dari sekolah rendah, membawa ke sekolah menengah dan hinggalah melanjutkan ke menara gading, saya hanya melihat muka itu saja yang menghiasi dada-dada akhbar, gambar itu saja yang sering di pancarkan keluar daripada kaca TV dan suara itu saja yang berkumandang dari corong radio.

"Saya yang lahir 28 tahun lalu juga turut berbangga dengan tiga penemuan sains terbaharu Dr. Mahathir ketika Perdana Menteri pergi ke benua antatika baru-baru. Untuk membuat penemuan itu Perdana Menteri telah membelanjakan RM3 juta."

"Penemuan sains yang menakjubkan itu telah mendapat liputan meluas daripada media-media massa arus perdana. Bagi membuat penemuan itu Perdana Menteri terpaksa membelanjakan wang rakyat yang cukup banyak dan terpaksa pergi ke sana." Ucapnya dalam satu ceramah politik anjuran Parti KEADILAN Pulau Pinang sempena konvensyen parti tersebut yang berlangsung di Bukit Mertajam ahad lepas.

Menurut Adlan, penemuan sains yang menakjubkan itulah benua antartika cukup sejuk, di benua itu juga terdapat lipas sama seperti di Malaysia danotaknya menjadi beku dan tak boleh berfikir.

"Nampaknya Dr. Mahathir terpaksa membelanjakan wang rakyat yang berjumlah RM3 juta untuk membuat tiga penemuan yang menakjubkan itu. Bila berjumpa Perdana Menteri kita perlu mengucapkan tahniah atas penemuan itu."

"Tapi sayangnya penemuan itu tidak langsung menarik perhatian adik-adik kita yang sedang bersekolah kerana adik-adik kita tanpa perlu membelanjakan wang rakyat sebanyak RM3 juta untuk pergi ke sana bagi mengetahui benua itu sejuk.

"Manakala rakyat yang mendokong Gerakan Reformasi memang lama telah tahu bahawa otak Perdana Menteri memang beku terutama selepas penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tanpa perlu menggunakan wang rakyak banyak itu. " ucapnya.
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net