Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Pemuda keADILan Serah Memorandum Kepada Duta Jerman
 


Sempena lawatan Mahathir Mohamad ke Jerman, Pemuda KeADILan telah menyerah memorandum kepada duta Jerman di kedutaan negara tersebut di Kuala Lumpur pada 19 Mac lepas. Penyerahan tersebut dilakukan serentak dengan ketibaaan Mahathir di Munich, Jerman di mana beliau dilaporkan akan bertemu dengan Ketua Menteri Bavaria, Dr Edmund Stoiber bagi menghalang rawatan Sdr Anwar Ibrahim di Alpha Klinik yang terletak di ibukota Bavaria tersebut.

Memorandum Pemuda KeADILan itu mengandungi surat-surat kepada Canselor Jerman Gerhad Schroeder, Menteri Luar Joschka Fischer dan Ketua Menteri Bavaria Dr Edmund Stoiber. Surat-surat tersebut yang ditulis dalam tiga bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Jerman, mengandungi bantahan Pemuda KeADILan mengenai layanan buruk yang mencabul hak asasi manusia bagi Sdr Anwar Ibrahim dan para tahanan ISA di Kamunting. Ia juga menerangkan keadaan sebenar di Malaysia termasuk halangan-halangan kebebasan bersuara berpolitik.

Lain bantahan Pemuda KeADILan yang ditandatangani oleh YB Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Ketua Pemuda KeADILan, memorandum tersebut turut mengandungi surat daripada Sdr Mohd Ezam Md Nor (Ketua Pemuda KeADILan) yang menceritakan tentang penahanan beliau dan rakan-rakan di Kamunting. Mohd Ezam adalah seorang tahanan politik yang diperakui oleh Amnesty International di Jerman.

Memorandum itu turut mengandungi 2000 tandatangan yang dikumpul memlalui internet oleh Pemuda KeADILan. Tandatangan-tandatangan tersebut diberi dalam bentuk cakera liut.

Selain YB Saifuddin, anggota Jabatan Politik Kedutaan Jerman turut berbincang dengan Sdr Muhd Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda), Sdr Johari Kassim (Ketua Penerangan Pemuda), Sdr Ong Chin Wen (Penolong Setiausaha Pemuda) dan Sdr Chai Chee Fatt (Setiausaha Kerja Pemuda).

Menurut Zahid, Pemuda KeADILan melahirkan penghargaan kepada Canselor, kerajaan dan rakyat Jerman yang membangkitkan isu hak asasi manusia Sdr Anwar Ibrahim dan rakan-rakan di Kamunting sejak dahulu lagi. Canselor Jerman pernah menimbulkan isu Anwar yang dipukul dengan kejam oleh bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor, dalam Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Kesatuan Eropah (EU) yang dipengerusi Jerman. Pemuda KeADILan berbangga Jerman akan terus membangkitkan isu ini, terutama semasa lawatan Mahathir di sana.

Selain itu Zahid memaklumkan Pemuda KeADILan menuntut jaminan dari kerajaan negara Jerman dan kerajaan negeri Bavaria bahawa jika Sdr Anwar Ibrahim dirawat di sana, beliau akan dihantar pulang ke Malaysia selepas rawatan selesai. Menurut Zahid, ini jakan menjamin bahawa Sdr Anwar dilindungi sepanjang rawatan beliau sambil menafikan fitnah Barisan Nasional bahawa Anwar akan menuntut suaka politik.

Pertemuan satu jam itu berakhir dengan janji bahawa Pemuda KeADILan akan terus menyampaikan maklumat berkala kepada kedutaan Jerman mengenai isu politik di Malaysia.
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net