Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Saifuddin: Mahathir Ketagih Sokongan Politik Kerajaan Jerman
 


Timbalan Ketua Pemuda KeADILan, YB Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa lawatan Mahthir Mohamad ke Jerman baru-baru ini adalah untuk menagih sokongan politik.

"Mahathir mahu Jerman menolak cadangan merawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Alpha Klimik di Munich, Bavaria. Mahathir mahu juga kerajaan Jerman menghalang penganugerahan Hadiah Keamanan Nobel kepada Anwar. Jerman merupakan salah sebuah negara yang paling lantang sejak dahulu lagi dalam mengkritik kerajaan Mahathir yang mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi," kata Saifuddin.

Lawatan Pemuda KeADILan ke kedutaan Jerman diraikan Jabatan Poltiik Kedutaan tersebut, di mana mereka turut diberi penerangan latarbelakang lawatan Mahathir di sana.

Kata Saifudidin lagi, "Mahathir beria-ia hendak ke Bavaria kerana Ketua Menteri di situ adalah calon Canselor Jerman. Bavaria juga negeri di mana letaknya Alpha Klinik. Dr Thomas Hoogland dari Alpha Klinik adalah tokoh perubatan dan jurubedah terkemuka yang menawarkan untuk merawat Datuk Seri Anwar."

Saifuddin menegaskan Kedutaan Jerman berjanji akan mengetengahkan isu-isu dibangkitkan Pemuda KeADILan kerana kerajaan Jerman pada masa ini memang mengamalkan dasar luar negara beretika.
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net