Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Rang Undang-undang Pilihanraya Dipinda Untuk Mempertahankan Hegemoni BN
 


KUALA Lumpur: Parlimen semalam mendengar pembentangan peringkat pembacaan pertama pindaan Rang Undang-undang Pilihanraya.

Pindaan kontroversi itu yang menerima kritikan hebat dari parti-parti pembangkang dan kumpulan sivik adalah cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Rais Yatim, selepas seorang hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu membatalkan kemenangan BN akibat kewujudan pengundi hantu.

Di antara pindaan-pindaan kontroversi adalah cadangan untuk menaikkan had maksimum deposit pilihanraya kepada RM 20,000. Cadangan ini dpercayai bertujuan menyukarkan parti-parti pembangkang meletakkan calon, memandangkan parti pembangkang tidak mempunyai sumber kewangan yang besar seperti BN.

Perkara ini bercanggah dengan semangat demokrasi yang memberi ruang seluas-luasnya kepada rakyat untuk turut serta di dalam proses pilihanraya, ulas jurucakap Sekretariat Pemuda keADILan Pusat ketika dihubungi hari ini.

Beliau memberi contoh tahap maksimum wang deposit seperti yang diamalkan di negara Eropah.

"Di Britain sekalipun, kadar maksimum adalah GBP 500. Mengambil kira nilai pariti matawang, ini seperti RM500 di negara kita," kata beliau lagi.

Parti-parti BN mempunyai sumber kewangan yang besar melalui pelbagai campur tangan dalam bidang perniagaan dan kontrak kerajaan. Malah, firma pelaburan UMNO memegang sejumlah saham yang besar dalam perniagaan-perniagaan strategik negara seperti sektor media massa, menjadikannya salah sebuah parti politik paling kaya dan paling korup di dunia.

Cadangan-cadangan lain pindaan tersebut termasuklah mengubah definisi 'peti undi yang ditutup selamat (sealed)' kepada 'peti undi dalam keadaan yang selamat'. Ini bermakna pihak SPR boleh menerima peti undi walaupun pelekatnya sudah dikoyakkan sebelum sampai ke pusat pengiraan undi - kerana definisi 'peti undi dalam keadaan yang selamat' tidak mewajibkan syarat pelekat menutupi peti tersebut.

Pindaan itu juga bercadang mempastikan senarai undi tidak lagi boleh dicabar di mahkamah, bagi mengelakkan pihak mahkamah mengisytiharkan sesebuah pilihanraya tidak sah kerana kewujudan pengundi hantu seperti yang berlaku di Likas.

Dengan kekuatan majoriti lebih dua pertiga BN di Parlimen, rang undang-undang pindaan ini dijangka akan diluluskan dengan mudah di Dewan Rakyat.

Jurucakap Sekretariat Pemuda menyifatkan pindaan undang-undang pilihanraya itu sebagai langkah terdesak kerajaan BN cuba menyekat kemaraan BA.

"Mugabe di Zimbabwe sendiripun tidak menggunakan undang-undang terdesak sebegini untuk berkuasa," kata beliau.

Beliau memberi amaran bahawa jika nilai-nilai demokratik terus dihakis oleh undang-undang represif sebegini, lama kelamaan kebencian rakyat terhadap BN akan menimbulkan keadaan huru hara apabila rakyat merasakan pilihanraya hanyalah upacara kosmetik yang tidak melambangkan proses demokrasi lagi.

"Kebangkitan rakyat di Manila, Jakarta dan Belgrade adalah kerana mereka merasakan pilihanraya diselewengkan sedemikian rupa dan kuasa pemilih dirampas dari tangan mereka," beliau memberi amaran lagi.
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net