Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Kes Hasutan Ezam Ditangguh Sehingga Julai
 

Oleh: Sonia Randhawa

Perbicaraan kes hasutan yang melibatkan ketua pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Mohd Ezam Mohd Nor ditangguhkan sehingga bulan Julai. Hakim S Augustine Paul menetapkan perbicaraan selama empat hari mulai 22 Julai, setelah ditangguhkan untuk kali ketiga dalam lapan bulan.

Ezam ditangkap pada 5 Mac lalu dan ditahan selama lapan hari atas tuduhan hendak menjatuhkan kerajaan melalui protes jalanan. Kes ini ditangguhkan hari ini kerana pihak peguamcara masih belum bersedia dan salah seorang daripada 10 saksinya tidak dapat hadir untuk perbicaraan.

Penerbit laman web Freeanwar.com, Raja Petra Kamaruddin, berkata kes ini penting untuk orang awam. Dia menjelaskan hal ini.

“Oleh kerana laporan polis telah dibuat, Ezam telah dicharged. Mengikut polis, oleh kerana laporan polis dibuat, mereka bertanggungjawab ataupun terpaksa mengambil tindakan terhadap Ezam. Padahal Ezam sendiri telah membuat tiga laporan polis dan Anwar Ibrahim, 10 laporan polis berkait dengan bermacam-macam isu rasuah dan sebagainya. Tetapi pihak polis tidak langsung mengambil apa-apa tindakan.”

Dia juga berkata bahawa laporan polis itu berasaskan laporan berita dalam suratkhabar Bahasa Melayu. Ezam sedang ditahan di Kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Jika dia disabitkan dengan kesalahan tersebut, dia boleh dipenjarakan selama tiga tahun, didenda RM5,000 atau kedua-duanya.


(RadiqRadio)
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net